Tuesday, May 31, 2011

Maksud Tahi Lalat anda

Anda ada tahi lalat? dan ingin tahu maksud disebaliknya? jom bace ni. jangan percaya sangat, okay?

Tanda Firasat Tahi Lalat

Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana


aku pun ade tahi lalat gak. kalau ikut kat atas ni, sume tahi lalat aku bermaksud positif..hahaha..


Monday, May 30, 2011

Bila Doktor Lelaki Bekerja Di Bahagian Pengimejan Payudara

Assalamualaikum wbt. minggu lepas gua baru masuk bilik mammografi (pengimejan payudara). kesian tgk patient. sakit ooow bila kena kepit dekat machine tu. merah merah badan mereka. tapi apakan daya, itulah cara untuk mengesan masalah problem di payudara mereka. lu orang ingat gua nak letak gambar payudara? jangan harap! HAHA.



hensem tak gua? gua yang pakai tudung cekolat tu. berdedikasi kan?? auumm..

gua telah menjadi mangsa keadaan. disebabkan nurse yang sepatutnya bertugas hilang entah kemana, gua yang kena guard doktor dan patient ketika ultrasound dijalankan. yang gua segannya, doktor itu adalah seorang LELAKI ! oh.em.gee.


ade la jugak dalam setengah jam gua terpacak kat situ. ade jugak tolong2 tekan button machine ultrasound tu.

lepas habis, gua balik bilik tutorial tempat budak2 praktikal berkumpul.

"wehhh korangg...aku kene guard doktor and patient tadi! doktor lelaki weh! segan betul!"

"huuu yeke...malunye" sambil letak kedua belah tangan menutup dada. HAHA.

"tu la pasal. jadi, marilah kite jaga payudara kita agar sentiasa sihat dan cergas. tak perlu jumpa doktor!"

"@*^%#!"



p/s: sory ah kalau macam gelabah je lebih. first time.. hihi :P

nanti gua update lagi pasal mammo. suka tak??hahahaaaa....

Sunday, May 29, 2011

Apehal Pegang Pegang ni?

assalamualaikum wbt. semalam aku pegi dating dengan kawan lama! yuhuu! lame tak jumpa member ni. maklum la, org tu study kat oversea.


lokasi: secret recipe, Aeon Bukit Tinggi, Klang


aiseh, besar betul mata aku. tembam betul pipi aku! waaa !!

dah habis melantak baru tangkap gambar. haha.



"esok nak tengok Kungfu Panda 2??"

"boleh jugak. hiyaaarhhh *bunyi kungfu*"




punyelah beratur panjang. ramai betul orang nak tengok cite ni. new release kan.

"12.30 mmg full, 2.15 petang penuh. couple seat ade la"

kami saling berpandangan.

"bolehlah."

punye la semangat berkobar2 nak tgk kungfu panda. couple seat pon nak jugak. HAHA.

best tau cite ni. sgt klaka dan sedih! sedihhhh sbb panda baru tau angsa tu bukan ayah dia! HAHA!


p/s: tapi yang tak sedapnye duduk sebelah couple laki pompuan pegang pegang tangan dan tibe2 ade gak bau tahi budak. eeuuwww...


bagi aku, aku bagi 4.9 bintang utk movie ini.

Friday, May 27, 2011

DiGi WOww awards : picture of the year. vote la!!

assalamualaikum wbt. macam buang masa la kan kalau masuk digi woww awards ni dalam kategori blogger of the year. konpem aku kalah. bahahaha...

TAPI.. mari vote untuk rakan saya.. penat tau dia tangkap gambar dongak dongak klcc 88 tingkat..hehe kesian photographer!

kalau suka, mai la vote beliau kat sini



dan untuk pengetahuan semua, beliau juga seorang blogger!

VOTE! jgn tak VOTE!
terima kasih ! :)


p/s : kawan dgn photographer, kalau tunang or kawin boleh roger2 nnt. hik3

KL HAMSTER (parody)

Assalamualaikum wbt.. pernah tgk trailer KL Gangster yg bakal ditayangkan di pawagam?? nah ni parodynya!! lawak kot!! pasal hamster pon nak gadoh!!


p/s: aisehhh..apsl censored lak niii

Thursday, May 26, 2011

Berpakaian Tapi Telanjang

Assalamualaikum wbt. aku terpanggil untuk buat entri pada hari ini adalah disebabkan bila RedVixen, bertanya tentang apa pendapat aku pasal orang gemuk perasan pakai baju saiz S.


okay. aku yakin semua blogger yang baca blog aku ni semuanya cantik2 dan handsome2 belaka. salah seorang blogger hensem ialah ---- Pengemis Dunia. (haha saje promote blog lu. gua nak lu update!!!) tak kiralah cantik rupa atau cantik perangai. kalau dua2 ade, itu dikira pakej. okay ape aku mengarut ni.


back to the story, masa aku lunch kat kafe HUKM, aku dan rakan2 ternampak seorang wanita yang bertudung, pakai baju kurung jarang kaler hitam. lantaklah ko nak pakai jarang ke hape tapi aku memang tak puas hati sebab nampak baju dalam dan tali bra! ayooyoyoyoyo....
yang paling takleh blah, bila die mengadap depan, perut buncit terkeluar. oh apakah semua ini!! aku yang tengah syiok2 makan bakso, tersedak seketika.
bukan ape, kesian ooo!! orang tengok lain macam je. adui..aku pulak rasa segan. aku dan rakan2 beristighfar berkali-kali.

aku cakap kat member aku,

"aku rasa mesti ade member or boifren die kate die cun pakai baju camtu. sebab tu die pakai"

memberku balas,

"kejam doh sape yang kate cun tu !!"

jadi, nasihat kepada wanita dan diri sendiri juga, marilah pakai baju yang sopan dan tutup aurat. jangan nampakkan lurah2 dendam yang ade okay!!


***********************

Adapun makna sabda Nabi SAW, "Berpakaian tapi telanjang," yakni wanita-wanita tersebut memakai pakaian, akan tetapi pakaian mereka tidak tertutup rapat (menutup seluruh tubuhnya atau auratnya).

***********************

thanks for reading. :)

Wednesday, May 25, 2011

Bila orang kurus kata dirinya gemuk

Assalamualaikum wbt.. korang pernah jumpa tak manusia macam ni? atau korang jugak tergolong dalam kelompok ini?

dia sangat lah kurus keding macam cicak kobeng tapi kata dirinya gemuk.



kalau korang yang berisi sikit daripada dia, ape perasaan korang? aku pernah rasa. tacing ooo... haha.. kejam tui..
jawab macam ni lagi senang.

so, kpd yang kurus tu, janganlah anda berasa dan menyatakan kegemukan anda di hadapan orang yg lebih gemuk daripada anda. kesian tau! terasa.


p/s: ini kisah benar.

Tuesday, May 24, 2011

Jangan Tanya Aku Pasal Kahwin

Assalamualaikum wbt.. aku kawin? oh lama lagi. calon pun takde.

kat tempat praktikal aku, ade 11 org termasuk aku. semuanya lagi tua daripada aku. paling tua 26 tahun. aku paling muda. okeh bangga jap. haha. umur aku em emm... cari sendiri lah. hihi.

disebabkan aku rasa aku lama lagi nak kawin, aku pun menggedik dok tanya2 senior yang praktikal same dgn aku,

"bila nak kahwin?"

"kahwin jemput aku"

"kalau kahwin, kad kahwin tu peta kasi jelas sikit. aku tak berapa paham la jalan kat kolumpo ni"

haha. banyak songeh kan aku?

tapi aku rasa, aku memang suka tanya orang bila nak kawen. termasuklah salah seorang blogger ni iaitu SEMBANG KEMAS. hari tu beliau ada buat post pasal member die kawen, cara dia tulis aku agak dia belum kawen sebab itu aku tanya. haha.

dan kemudian, dia buat entri jawapan berdasarkan soalan yang aku tanya. haha. kelakar lak rasa. aku blogwalking blog die, tetibe terkejut ade muka dan komen aku. HAHA.

meh terjah post dia, ALAHAI EMAK KAWINKAN AKU..


kalau aku perangai cm budak2, ade ke yg nak kawin dgn aku? HAHA.


p/s: buat masa sekarang tak fikir nak ade bf. kalau ade yg sudi, aku balas balik. huahuahua.

Monday, May 23, 2011

Rokok Perisa Kaki

assalamualaikum wbt. selalu kita diuar-uarkan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan. malas mahu mengulas panjang, semua orang dah tahu hukum merokok tetapi masih juga meneruskan amalan merokok ini.


"suke hati aku lah. ko ingat senang ke nak berhenti hah??"

"whatever. nak nasihat orang, cermin muka kau dulu"

"tak boleh berhenti la... dari dulu keturunan nenek moyang aku semuanya merokok"


itulah antara kata-kata yang aku pernah dengar dari perokok-perokok ni.


bukannya mereka tidak tahu kesan merokok, mereka tahu. tapi aku rasa inisiatif yang kementerian kesihatan ambil untuk letakkan gambar kaki, paru2 rosak, gigi kuning di kotak-kotak rokok amatlah tidak berkesan. apa orang kata? tak sampai ke jiwa? lebih kurang la.

" ala. gambar kaki tu maksudnya itu rokok perisa kaki,
haaa, yang tu pulak rokok perisa paru-paru"

rokok perisa arteries. uwek.

“Dan diharamkan bagi mereka (memakan) segala benda yang keji (buruk)”.Al-A’ raf.


akhir kata, rokok membahayakan kesihatan anda. sekian.

Sunday, May 22, 2011

bahagian bawah tulang dagu perlu ditutup ketika solat

Assalamulaikum wbt. masa sekolah berasrama dulu, para pelajar dikehendaki solat berjemaah di masjid. ramai juga yang berebut-rebut untuk solat di saf depan, ada juga yang berlumba-lumba utk solat di saf belakang. adakalanya, pengetua sekolah kami, selalu juga join kami solat berjemaah di masjid. pengetua kami seorang yang tegas. jadi ramai yang takut untuk solat sebelah beliau. aku pun same. hihi.



kadang2, aku tak boleh nak lari. dari awal memang duduk sebelah pengetua. takkan tiba2 nak lari tempat lain pulak kan. hoho.

dengar cerita, pengetua pernah tegur seorang pelajar berkenaan cara pemakaian telekung bagi yang perempuan. tahukah anda bahagian bawah tulang dagu juga perlu ditutup ketika solat? YA. sebab tu kat telekung kat bahagian dagu tu ade bentuk tiga segi. dulu2 memang tak berapa tahu pasal pemakaian solat yang betul tetapi setelah dapat penerangan dari kawan2, ustazah, barulah yakin.

aku yakin ramai wanita yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. segala anggota dibawah tulang dagu perlulah ditutup ketika solat kerana itu juga merupakan salah satu aurat.

berharap selepas ini kita sama-sama meningkatkan keberkesanan ibadah kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah.


kalau salah tolong tunjukkan. :)

Saturday, May 21, 2011

blogger sanggup malukan orang sebab nak famous?

assalamualaikum wbt. rasanya aku jarang nak bercerita pasal isu-isu semasa kat blog aku ni. sebelum ni, memang aku menjalankan kempen utk diri sendiri. satu hari satu entri. kalau aku update lapanratuslima kali sehari aku yakin korang pun naik menyampah tangok blog aku kan. hahaha.


okay. walaupun aku tak update pasal isu2 terkini, tapi aku tau ape yang terjadi di dunia blogger. tapi tak semua la kan. yang hot hot tu biasanya cepat tersebar. bila aku baca, aku malas nak komen sebab tak semua pendapat orang lain sama dengan pendapat kita. aku malas nak gaduh sebab apa yang aku tengok, komen2 di blog beliau pun beratus2 dan ramai jugak yang menyokong beliau. jadi aku mengambil jalan untuk baca sekali dan takkan baca lagi sebab akan menaikkan rasa menyampah dalam diri.


kadang2, kita ni tak nampak. kita nampak kesalahan orang lain tapi kita tak nampak kesalahan sendiri. macam aku jugak. aku nampak kesalahan orang lain tapi tak nampak kesalahan aku sendiri. dush.

dulu sebelum aku kenal blog, aku ingat blog tu adalah tempat untuk share info yang berguna, fakta-fakta hal isu semasa pasal dunia, politik, agama, alam semulajadi, pasal penyu berenang dan lain2. tapi sekarang banyak blog-blog personal, blog gosip artis, blog lawak tak hingat dunia, blog fashion, blog lucah dan macam2 lagi.


tapi kebiasaannya, apa yang aku lihat, kita blogger ni suka jaga sangat tepi kain orang. suka buka aib orang, suka buka pekung di dada sendiri dan macam2 lagi lah. lagi2 kalau pasal artis. artis fofular. orang2 kita ni memang suka pasal gosip2 artis ni. kutuk2 artis, malukan artis. kadang2 aku rasa teguran memang lah perlu untuk mengubah seseorang tapi perlulah teguran yang membina dan secara dua hala. kalau betul kita ikhlas nak tegur seseorang itu, janganlah sampai memalukan orang itu sendiri.


gunalah perkhidmatan private message di facebook, twitter, email, gmail, myspace or frienster dan lain2 lagi untuk memberi nasihat. rasanya tak perlu untuk tegur depan2 orang ramai. kalau aku, aku pun malu!

"tahu pulak malu! tak tutup aurat tak malu pulak!"

lumrah manusia. malu perlu ada dalam diri. itu terpulang kepada individu. malu terhadap Allah itu lagi penting. tetapi mesti ada rasa dalam diri perasaan marah, bengang terhadap orang yg memalukan kita. betul tak? tipulah tak bengang. jadi, kita perlulah berfikir dengan baik dan jika nak beri nasihat, berilah dengan cara yang betul dan jangan sampai memalukan orang itu. dah la memalukan orang, sebar pulak pada khalayak ramai. cuba kalau korang ditempat orang itu. ape perasaan korang? bagi pendapat aku, kita takkan dapat merasa perasaan orang lain walaupun kita berada di tempat mereka. rambut sama hitam, hati lain-lain.


aku selalu berfikir untuk tidak menyebarkan benda2 sensitif, benda2 buruk dan menghina sesetengah individu atau kelompok di blog walaupun aku rasa info tersebut boleh menaikkan trafik di blog. boleh jadi femes. buat ape femes sbb suka mengutuk dan fitnah orang lain kan. follower beribu-ribu menyokong. tak tertanggung dosanya.


dengan ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan diri berubah kearah yang lebih baik. kalau kita nak buang sampah, kita fikir dulu sebelum buang. perlu dikitar semula atau tidak. sama juga bila berfikir benda lain. fikir dulu sebelum bertindak.

jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. jangan sampai nasi jadi bubur. maaf andai terkena atau tersinggung hati pembaca sekalian. niat hanya untuk berkongsi pendapat, berkongsi luahan. aku yakin pembaca blog aku ni pembaca dan blogger yang bagus.



yang berusaha untuk meningkatkan prestasi blog,
Aesya Zealous

saya tembam

assalamualaikum wbt. gua taip entri ni dgn senang hati kerana dah seminggu gua praktikal. dan gua baru saja tamat satu task yang boleh mematahkan tangan gua. supervisor sangat baik sebab bagi kami kerja. terima kasih tak terhingga.

gua praktikal di HUKM, cheras. ade dekat dgn rumah sesape? kalau dekat bleh la hantar gua makanan ke, ape ke, hahaha..


muka haruslah tembam kan! wahaha


SPECT CT.
harga berjuta. gua nak curi tapi besar sangat pulak. haha.

next task, gua kena pilih salah satu modaliti utk buat report. gua SAJE pilih mammografi.

tau tak mammografi tu ape?

pengimejan payudara.

macam cool kan? HAHA.



p/s : apesal sume org nak jumpa Fatin Liyana ni.. aku korang tak nak jumpa ker? HAHAHA

Friday, May 20, 2011

Dinasour

assalamualaikum wbt..

gua dah malas tahap dinasour. malas gila nak update blog. gua dah tak blogwalking sangat. jadi gua rasa semakin jauh dari dunia blogging. (ayat xleh blah)

so.... gua nak berehat kejap. lagipun gua 3 bulan dok hospital. haishh mane Fatin Liyana ni, tak jumpe pun kat hospital.. muahaha..

so..... gua ingat nak buat giveaway. suke tak? suke tak?

hadiahnye, gua belum fikir lagi. coming soon ok!

sebagai pencuci mata korang semua, gua upload gmbar dinasour yang comel..haha





ok silap. ini monster. bukan dinasour. T.T

Thursday, May 19, 2011

Anak Buah

gua ade anak buah baruuu... gua takde anak lagi...belum kahwin... hahaha..


nur arissa.
cahaya yg kuat. apehal abg gua letak nama ni?

sebijik sejiban mcm abg gua.


ni anak buah first. amoi ni dah pandai berjalan. tp die xnak kawan dgn gua. die nangis kalau nampak gua. nampak sgt muka gua menyeramkan.. bahahaha...



haaa yg ni bukan anak buah gua. hahaaha ni gua. photoshoot berak.

"mari berak bersama-sama di halaman rumah"


p/s: sori entri tak senonoh...gua tengah tensen..hahaha...


Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

assalamualaikum wbt.. masih belum terlambat lagi kan? post ni aku reblog dari blog aku sendiri. haha. tahun lepas punya..

usia : 6 tahun, Tadika Abim Al firdaus

Kau ajar aku cara solat dengan betul. Ketika berdiri tegak, aku letak tangan kiri atas tangan kanan. Dari jauh kau tunjuk isyarat mahu jentik aku. cepat cepat aku tukar kedudukan tangan. Terima kasih, cikgu...

usia : 7 Tahun, sekolah rendah

Aku kuat nangis. nangis mahu mak aku. nak mak temankan aku.aku tidak tahu nak beli makanan sendiri. aku menangis lagi. ketika belajar, aku menangis. rakan rakan sekelas ku meluat. kau tanya dan pujuk aku. aku tenang. Terima kasih, cikgu...

usia : 12 tahun, UPSR

Awal tahun aku buat hal, tak siapkan kerja sekolah, kau denda aku buat kerja sekolah di luar kelas. ujian terakhir sebelum UPSR, aku dapat markah terendah dalam Bahasa Inggeris. kau marah aku kerana markah aku sama dengan pelajar terlemah dalam kelas aku sebelum ini. Keputusan UPSR keluar. Alhamdulillah. straight A's. Terima kasih, cikgu...

usia : 15 tahun, tingkatan 3, PMR

Guru kelas aku, merangkap guru Bahasa Inggeris aku. Kau marah aku kerana tak dapat jawab soalan. aku salah. aku tak baca betul betul. kau marah aku. kau kata, kalau aku tak dapat A, kau tak nak tengok muka aku lagi tahun hadapan di sekolah. Keputusan PMR diumumkan. Hanya aku seorang sahaja yang mendapat 9A dalam kelasku pada waktu itu. Aku bersyukur. Semasa tingkatan 4, aku hantar kad raya kepada kau. ucap terima kasih yang tak terhingga. itu pun kalau kau masih ingat aku. Namun begitu, terima kasih, cikgu...


usia : 17 tahun, sekolah menengah, SPM

aku amat lemah dalam subjek Bahasa Arab Tinggi. kau garang, aku takut. Semasa ujian bacaan, aku main hentam sahaja apa yang aku baca. maklumlah, membaca ayat bahasa arab tanpa baris memang susah. bagi aku. banyak yang aku salah baca. kau marah aku, tengking aku. kau tekankan perkataan KEGAGALAN di hadapanku. luruh air mataku. Namun begitu, aku bersyukur kerana mendapat gred yang agak baik dlm SPM. Terima kasih, cikgu...

usia : 18 tahun, Matrikulasi.

aku masuk ke kuliah mu. aku ambil port baik punyaaa.. belakang dan hujung skali. sebelum ke kuliah, aku siap sedia membeli makanan dan minuman untuk menjamu selera ketika kau mengajar. sebab aku tak paham apa yang kau ajar di depan sana.aku hadir untuk memenuhkan kedatangan sahaja. masuk dengan otak kosong, keluar dengan otak kosong. hari terakhir, baru lah aku duduk di hadapan sekali dalam kuliahmu, itupun kerana geng aku tidak hadir ke kuliah. sebelum keluar kuliah, aku bersalaman dengan guru ku, meminta maaf darimu. kau terima maaf dan sudi mendoakan kejayaan kami.Terima kasih, cikgu..

kini mahasiswi. aku tak mahu mengulangi kesalahan. InsyaAllah~
kegigihanmu dalam mendidik, tidak akan kami lupakan.
Selamat Hari Guru.

p/s: kepada student SMKA Kuala Selangor, ustaz Saer kini berada di Hospital Klang. dipercayai paru2 berkuman.

Tuesday, May 17, 2011

assalamualaikum wbt.. 16 mei dgn rasminya gua dah start praktikal. gua ulang alik dari rumah. perghh memang warga kayyyeelll sumenye jual ikan (selfish) lagi2 atas jalanraya...

gua praktikal di Jabatan Radiologi, PPUKM. bahan radioaktif di mana2 so kene berhati2. overall setakat ni best jugak la. macam teratur aktiviti dia. gua dah tgk secara dekat CT Scan, MRI. gua amat kagum dgn MRI. ade kes katil n wheelchair kena tarik sbb tarikan magnet yg sgt kuat. huhu bahaya betul.

lepas lapor diri, kami dikehendaki buat pas keselamatan utk kemudahan keluar masuk.

"Bhgian keselamatan di basement ye"

kami pun turun menggunakan lif tapi lif macam semacam.

member2 gua berkeras nak naik gak lif tu. besar gile lif tu. lif barang dan katil. kami pun turun lif ke basement.. bukak je lif, kami nampak..........
ahhh sudahhhh........


p/s: tetibe gua terfikir. lif yg bawak katil tadi adakah kemungkinan utk bawa...........?? mayat.....


waaaaa

Monday, May 16, 2011

FACE-book

ini kejadian benar antara gua dengan adik gua. adik, jangan marah aa. lu femes kejap kat blog gua. atau lu nak gua letak link blog lu? hahaha!




ape nak jadi dgn budak2 sekarang?

sejarah mmg membosankan. tapi kenapa gua boleh dapat A masa PMR dan A1 masa SPM?

kahkahkah...

p/s: mesti ramai update pasal hari guru kan? esoklah gua update pasal hari guru.

Sunday, May 15, 2011

Tak perlu gune kamera mahal jika anda bijak dalam menggunakan kamera murah.

perghh title entri gila panjang. dah macam cik epal lak. haha

aritu gua saje jalan2 kat halaman rumah gua. disebabkan bosan tahap cipan yg melampau, gua amek kamera cikai kt rumah gua ni, gua snap2 la beberapa gambar. gaya macam org pegang DSLR. kahkahkah...

berikut adalah hasil tangkapan gua.. erk?




gua kagum dgn kehabatan gua snap pic kt atas ni..hahaha

betik. sape mau?



wow


itu saje.. baru tangkap sikit, hujan mulai turun. T.T


p/s: pasal title entri tu, jangan tacing2 ye. gua kalau ade duit yg sungguh banyak pun gua beli yang mahal gak!! hahaha!


Saturday, May 14, 2011

Cara Mudah Nak Ingat Something

assalamualaikum wbt.. update simple2 sudah.. aku dah buat dah entri ni sebelum ni tp blogger under maintenance, hilang semua. saje je nak suruh aku taip balik. menyampah i. (sila baca dlm keadaan gedik. haha)

okay. biasa lah kan kalau kite nak ingat sesuatu, kite tulis note. tapi adik gua ada cara tersendiri. bagi gua agak lawak lah jugak. jumpa ni dalam buku nota kecil beliau.



mentol = berakal
songkok = orang Islam
janggut = dah besar so mesti dah baligh kan. haha
duit = berwang so mampu lah nak naik haji kan..hoho
bendera = merdeka


p/s : tapi doodle gua lagi hebat ar. doodle beliau takde kaki. hahaha.......


p/s lagi : baru aku perasan komen2 kau orang kat entri sebelum ni sume hilanggggggg.. huwaaa kejammm....

Thursday, May 12, 2011

Syaitan Dalam Bilik Air

tiap-tiap hari gua mandi. kecuali pergi camping. tak mencabar la kalau mandi time pergi camping. haha, apekehal?

okay. nak dijadikan cerita, semalam gua mandi pukul 7 lebih. tak sangka pulak dah nak azan maghrib. time gua syok2 mandi, tiba2 azan maghrib berkumandang...

gua terus teringat masa zaman sekolah rendah dulu. ustazah gua kata, syaiton akan berlari terkincit-kincit, tercirit-cirit menuju ke bilik air bila dengar azan.

jadi gua pun menjerit kecil......

tak sangka rupanya jeritan kecil gua itu didengari oleh adik lelaki gua. bila gua keluar bilik air, beliau berkata...

p/s : kureng asam punya budak!
 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat