Thursday, May 26, 2011

Berpakaian Tapi Telanjang

Assalamualaikum wbt. aku terpanggil untuk buat entri pada hari ini adalah disebabkan bila RedVixen, bertanya tentang apa pendapat aku pasal orang gemuk perasan pakai baju saiz S.


okay. aku yakin semua blogger yang baca blog aku ni semuanya cantik2 dan handsome2 belaka. salah seorang blogger hensem ialah ---- Pengemis Dunia. (haha saje promote blog lu. gua nak lu update!!!) tak kiralah cantik rupa atau cantik perangai. kalau dua2 ade, itu dikira pakej. okay ape aku mengarut ni.


back to the story, masa aku lunch kat kafe HUKM, aku dan rakan2 ternampak seorang wanita yang bertudung, pakai baju kurung jarang kaler hitam. lantaklah ko nak pakai jarang ke hape tapi aku memang tak puas hati sebab nampak baju dalam dan tali bra! ayooyoyoyoyo....
yang paling takleh blah, bila die mengadap depan, perut buncit terkeluar. oh apakah semua ini!! aku yang tengah syiok2 makan bakso, tersedak seketika.
bukan ape, kesian ooo!! orang tengok lain macam je. adui..aku pulak rasa segan. aku dan rakan2 beristighfar berkali-kali.

aku cakap kat member aku,

"aku rasa mesti ade member or boifren die kate die cun pakai baju camtu. sebab tu die pakai"

memberku balas,

"kejam doh sape yang kate cun tu !!"

jadi, nasihat kepada wanita dan diri sendiri juga, marilah pakai baju yang sopan dan tutup aurat. jangan nampakkan lurah2 dendam yang ade okay!!


***********************

Adapun makna sabda Nabi SAW, "Berpakaian tapi telanjang," yakni wanita-wanita tersebut memakai pakaian, akan tetapi pakaian mereka tidak tertutup rapat (menutup seluruh tubuhnya atau auratnya).

***********************

thanks for reading. :)

15 comments:

nub said...

perempuan pelaq. hahaha

KAMIHIDUP said...

betul tu, bantulah KAMi kaum adam ini dari maksiat mata. :)

oneTieyha said...

isy2,,macam la,pakaiann nie..huhu..peace

tulus sweet said...

tulus pun boncit. hehe

missnurasy said...

haih~ adelah jugak budak Kolej aku ni haa.. terserempak dalam tren.. badan da gemuk size XXXL.. tapi pakai short pants!!! apakah!?? nak tegur malu doe.. last2 die yg tegur. then org2 tua yg duk sit dkat2 nga aku dok pandang aku.. aku jugak yg kene tamparan mata.. =.="

pipoq said...

tu mungkin sebab dia jahil kot..

dia ingat aurat tu rambut je..

atau dia ingat pakai kain yang jarang pun tak pe asalkan menutup aurat..

atau mungkin hari tu baju dia tak kering jadik dia pinjam baju adik dia..

atau dia rasa perut terbonjol dia tu membuatkan dia kelihatan menarik..

cam yg ko cakap kat awal entri tu pasal badan size XXL tapi pakai size S tu, aku pernah dengar diorang yang camtu kononnya memiliki keyakinan diri..

ahahahaha..mabuk ke ape ? nak tunjuk keyakinan diri guna la platform lain..ni kalo dengan penampilan yang dah macam guni beras je tu keyakinan diri untuk dibakar di dalam api neraka je..

memang la tak salah kalo nak menghias diri tapi biar la ada batasannya..

menutup aurat tu dah memang wajib jadi ikut je la apa yang dah diwajibkan tu dengan betul..

kalau nak bercantik cantik sangat, kawin je la cepat..pehtu bercantik cantik la depan suami ke, depan isteri ke baru la banyak dapat pahala..

ni dah la tak cantik, jelik lagi pelik pesyennya..menambah umpatan je watpe..

yang lebih menghairankan tu, mak bapak diorang tak tegur ke ? atau mak bapak diorang pun 2 x 5 je..

eh..aku ni dah macam menaip entri lak..ahahahaha..

Cik Tqah said...

hm.. susah nak cakap..skang ni memang ramai cmtu.. baju yg jual kt kedai pon xde besar2 sgt..nk berfesyen tp perlu kena gayanya kan..

AesyaZealous said...

@nub pelaq tu hape?

AesyaZealous said...

@KAMIHIDUPhehehh insyaAllah

AesyaZealous said...

@tulus sweet hhahaha yeke...tulus xtgk perut kite lagi..hahha

AesyaZealous said...

@pipoq hahha tu la pasal!! ape kate ko buat entri? haha anyway thanks

Daboo said...

Sama-sama beringat.

PeNgEmiS dUniA said...

ke hadapan cah tokey xray ,

pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih atas menaikkan trafik blog saya yang sudah flat skarang . HAHAHA :D

kedua , first time aku bace blog ilmiah dr kau . slalu buat aku guling2 je gelak kat blog kau ! haha .

ape2 hal , good job ! walau sikit mane pon , kesedaran dan teguran bersama itu penting :)

cik azeya said...

ni mesti tak pakai losyen mustajab. kahkah

sergeant keroro said...

fesyen zaman sekarang, semua nak jarang.

tu yang semua boleh nampak. lagi satu, semua nak singkat.

haish =,="

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat