Saturday, May 21, 2011

blogger sanggup malukan orang sebab nak famous?

assalamualaikum wbt. rasanya aku jarang nak bercerita pasal isu-isu semasa kat blog aku ni. sebelum ni, memang aku menjalankan kempen utk diri sendiri. satu hari satu entri. kalau aku update lapanratuslima kali sehari aku yakin korang pun naik menyampah tangok blog aku kan. hahaha.

okay. walaupun aku tak update pasal isu2 terkini, tapi aku tau ape yang terjadi di dunia blogger. tapi tak semua la kan. yang hot hot tu biasanya cepat tersebar. bila aku baca, aku malas nak komen sebab tak semua pendapat orang lain sama dengan pendapat kita. aku malas nak gaduh sebab apa yang aku tengok, komen2 di blog beliau pun beratus2 dan ramai jugak yang menyokong beliau. jadi aku mengambil jalan untuk baca sekali dan takkan baca lagi sebab akan menaikkan rasa menyampah dalam diri.

kadang2, kita ni tak nampak. kita nampak kesalahan orang lain tapi kita tak nampak kesalahan sendiri. macam aku jugak. aku nampak kesalahan orang lain tapi tak nampak kesalahan aku sendiri. dush.

dulu sebelum aku kenal blog, aku ingat blog tu adalah tempat untuk share info yang berguna, fakta-fakta hal isu semasa pasal dunia, politik, agama, alam semulajadi, pasal penyu berenang dan lain2. tapi sekarang banyak blog-blog personal, blog gosip artis, blog lawak tak hingat dunia, blog fashion, blog lucah dan macam2 lagi.

tapi kebiasaannya, apa yang aku lihat, kita blogger ni suka jaga sangat tepi kain orang. suka buka aib orang, suka buka pekung di dada sendiri dan macam2 lagi lah. lagi2 kalau pasal artis. artis fofular. orang2 kita ni memang suka pasal gosip2 artis ni. kutuk2 artis, malukan artis. kadang2 aku rasa teguran memang lah perlu untuk mengubah seseorang tapi perlulah teguran yang membina dan secara dua hala. kalau betul kita ikhlas nak tegur seseorang itu, janganlah sampai memalukan orang itu sendiri.

gunalah perkhidmatan private message di facebook, twitter, email, gmail, myspace or frienster dan lain2 lagi untuk memberi nasihat. rasanya tak perlu untuk tegur depan2 orang ramai. kalau aku, aku pun malu!

"tahu pulak malu! tak tutup aurat tak malu pulak!"

lumrah manusia. malu perlu ada dalam diri. itu terpulang kepada individu. malu terhadap Allah itu lagi penting. tetapi mesti ada rasa dalam diri perasaan marah, bengang terhadap orang yg memalukan kita. betul tak? tipulah tak bengang. jadi, kita perlulah berfikir dengan baik dan jika nak beri nasihat, berilah dengan cara yang betul dan jangan sampai memalukan orang itu. dah la memalukan orang, sebar pulak pada khalayak ramai. cuba kalau korang ditempat orang itu. ape perasaan korang? bagi pendapat aku, kita takkan dapat merasa perasaan orang lain walaupun kita berada di tempat mereka. rambut sama hitam, hati lain-lain.

aku selalu berfikir untuk tidak menyebarkan benda2 sensitif, benda2 buruk dan menghina sesetengah individu atau kelompok di blog walaupun aku rasa info tersebut boleh menaikkan trafik di blog. boleh jadi femes. buat ape femes sbb suka mengutuk dan fitnah orang lain kan. follower beribu-ribu menyokong. tak tertanggung dosanya.

dengan ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan diri berubah kearah yang lebih baik. kalau kita nak buang sampah, kita fikir dulu sebelum buang. perlu dikitar semula atau tidak. sama juga bila berfikir benda lain. fikir dulu sebelum bertindak.

jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. jangan sampai nasi jadi bubur. maaf andai terkena atau tersinggung hati pembaca sekalian. niat hanya untuk berkongsi pendapat, berkongsi luahan. aku yakin pembaca blog aku ni pembaca dan blogger yang bagus.

yang berusaha untuk meningkatkan prestasi blog,
Aesya Zealous

12 comments:

.fariza. said...

betul tu.
tak pasal2 dpt dosa kn.

adrina sidek said...

dear, entry kita isi penting sama, tapi olahan ayat lain...gud!! kita mempunyai pendapat yg sama, hee..

http://luvlyadreena.blogspot.com/2011/05/nak-tegur-kesalahan-orang-dengan-cara.html

Cik Ila said...

fuh...cool2..sabar! ;)

bantalbucuk said...

sokong...! tak elok kita mengaibkan keburukan orang lain walau apa pun keadaan..

Ateeka Amer said...

aku tak suka la kias2. direct boleh? pasal sape ni? hihi

♥..cik_mas..♥ said...

biase la yang.. memang mcm tu dunia bloging.. buat hal sendiri and jgn duk sibukkan hal org lain... walaupun x ramai follower or readers yg penting happy and tak cari psl dgn org.. heheh ;)

Hurun Akita @ Ciktika said...

stuju tu sis...
skang blogging dah x mcm dulu kot..dulu entry blogger bernilai...skang ni...dah byk sgt entry...suma org dah cam huru hara plak...guna mcm2 cr nk d kenali..
nk duit...huhu...xpe lah....kalu xde org yg nk baca entry kita...kt bc lah sndr...luah hati sndr...folo org ttp folo...niat nk kawan..sapa sudi...dia baik..spe x sudi...bia le... kalau tka..yg wat entry buruk2 kan org len tu mmg 99 % niat nak attention..slalunya tka x kan reply...wat dia rs pemes lak t.hehe.. =)

red said...

lain orang lain caranya... mungkin??? heheheee

nub said...

haiyaa..malukan la diri sendiri dulu sebelum memalukan orang lain..

kopang dipalu.pengantin malu..ewah ewah

FAHMI said...

nasihat sentiasa diperlukan dari mu wahai sifu ku.hehe

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat