Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

assalamualaikum wbt.. masih belum terlambat lagi kan? post ni aku reblog dari blog aku sendiri. haha. tahun lepas punya..

usia : 6 tahun, Tadika Abim Al firdaus

Kau ajar aku cara solat dengan betul. Ketika berdiri tegak, aku letak tangan kiri atas tangan kanan. Dari jauh kau tunjuk isyarat mahu jentik aku. cepat cepat aku tukar kedudukan tangan. Terima kasih, cikgu...

usia : 7 Tahun, sekolah rendah

Aku kuat nangis. nangis mahu mak aku. nak mak temankan aku.aku tidak tahu nak beli makanan sendiri. aku menangis lagi. ketika belajar, aku menangis. rakan rakan sekelas ku meluat. kau tanya dan pujuk aku. aku tenang. Terima kasih, cikgu...

usia : 12 tahun, UPSR

Awal tahun aku buat hal, tak siapkan kerja sekolah, kau denda aku buat kerja sekolah di luar kelas. ujian terakhir sebelum UPSR, aku dapat markah terendah dalam Bahasa Inggeris. kau marah aku kerana markah aku sama dengan pelajar terlemah dalam kelas aku sebelum ini. Keputusan UPSR keluar. Alhamdulillah. straight A's. Terima kasih, cikgu...

usia : 15 tahun, tingkatan 3, PMR

Guru kelas aku, merangkap guru Bahasa Inggeris aku. Kau marah aku kerana tak dapat jawab soalan. aku salah. aku tak baca betul betul. kau marah aku. kau kata, kalau aku tak dapat A, kau tak nak tengok muka aku lagi tahun hadapan di sekolah. Keputusan PMR diumumkan. Hanya aku seorang sahaja yang mendapat 9A dalam kelasku pada waktu itu. Aku bersyukur. Semasa tingkatan 4, aku hantar kad raya kepada kau. ucap terima kasih yang tak terhingga. itu pun kalau kau masih ingat aku. Namun begitu, terima kasih, cikgu...


usia : 17 tahun, sekolah menengah, SPM

aku amat lemah dalam subjek Bahasa Arab Tinggi. kau garang, aku takut. Semasa ujian bacaan, aku main hentam sahaja apa yang aku baca. maklumlah, membaca ayat bahasa arab tanpa baris memang susah. bagi aku. banyak yang aku salah baca. kau marah aku, tengking aku. kau tekankan perkataan KEGAGALAN di hadapanku. luruh air mataku. Namun begitu, aku bersyukur kerana mendapat gred yang agak baik dlm SPM. Terima kasih, cikgu...

usia : 18 tahun, Matrikulasi.

aku masuk ke kuliah mu. aku ambil port baik punyaaa.. belakang dan hujung skali. sebelum ke kuliah, aku siap sedia membeli makanan dan minuman untuk menjamu selera ketika kau mengajar. sebab aku tak paham apa yang kau ajar di depan sana.aku hadir untuk memenuhkan kedatangan sahaja. masuk dengan otak kosong, keluar dengan otak kosong. hari terakhir, baru lah aku duduk di hadapan sekali dalam kuliahmu, itupun kerana geng aku tidak hadir ke kuliah. sebelum keluar kuliah, aku bersalaman dengan guru ku, meminta maaf darimu. kau terima maaf dan sudi mendoakan kejayaan kami.Terima kasih, cikgu..

kini mahasiswi. aku tak mahu mengulangi kesalahan. InsyaAllah~
kegigihanmu dalam mendidik, tidak akan kami lupakan.
Selamat Hari Guru.

p/s: kepada student SMKA Kuala Selangor, ustaz Saer kini berada di Hospital Klang. dipercayai paru2 berkuman.

7 comments:

KAMIHIDUP said...

:)

ejulz said...

lama dh x jumpa cikgu2 sekolah..

nub said...

hang pandai gak naa tacing2 smbil penuh penghayatan. naiss.

*selalu dok lolaq jaa. haha

asfz lily said...

hahaha..
masa matrik kita sama plak...
before masuk kuliah, beg penuh dengan bekalan..port of kos paling belakang..hahaha..
telinga dah kene sumbat ngn ear phone..ngeee~
tp tu dulu..skg xbuat dah..insaf2..tehee...
SELAMAT HARI GURU =)

nurul syazana said...

eh subjek apa time matrix tu? sure bukan che mie kn? hehe

akubersamaCahya said...

entah nape. mcm sayu je bace ni..huhuhuhu. teringat zmn dulu2 kut.

amal_fc1303 said...

wah pelajar cemerlang nie. hebat22. hehehe..

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat