Sunday, May 22, 2011

bahagian bawah tulang dagu perlu ditutup ketika solat

Assalamulaikum wbt. masa sekolah berasrama dulu, para pelajar dikehendaki solat berjemaah di masjid. ramai juga yang berebut-rebut untuk solat di saf depan, ada juga yang berlumba-lumba utk solat di saf belakang. adakalanya, pengetua sekolah kami, selalu juga join kami solat berjemaah di masjid. pengetua kami seorang yang tegas. jadi ramai yang takut untuk solat sebelah beliau. aku pun same. hihi.



kadang2, aku tak boleh nak lari. dari awal memang duduk sebelah pengetua. takkan tiba2 nak lari tempat lain pulak kan. hoho.

dengar cerita, pengetua pernah tegur seorang pelajar berkenaan cara pemakaian telekung bagi yang perempuan. tahukah anda bahagian bawah tulang dagu juga perlu ditutup ketika solat? YA. sebab tu kat telekung kat bahagian dagu tu ade bentuk tiga segi. dulu2 memang tak berapa tahu pasal pemakaian solat yang betul tetapi setelah dapat penerangan dari kawan2, ustazah, barulah yakin.

aku yakin ramai wanita yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. segala anggota dibawah tulang dagu perlulah ditutup ketika solat kerana itu juga merupakan salah satu aurat.

berharap selepas ini kita sama-sama meningkatkan keberkesanan ibadah kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah.


kalau salah tolong tunjukkan. :)

8 comments:

KAMIHIDUP said...

bagus info ni, boleh ajar bini KAMI nanti, heee.

FAHMI said...

aku jual telekung,nak beli tak?hahaha

aimi amalina said...

thanks sebab sudi kongsi info nie :)

Aesya Zealous said...

@KAMIHIDUPehem2..sape tu..:P

Aesya Zealous said...

@FAHMIhaha masa bile ko jual telekung??

Aesya Zealous said...

@aimi amalina welcome!

Cik Puan Tqah said...

thanks for the info :P

Anonymous said...

bukan wktu solat ja taw kna tutup..waktu tak solat pon kna tutup :))

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat