Friday, August 16, 2013

Kuih Raya dan WiFi

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Amacam raya korang ? Best? 

Kali ni nak cerita sikit la pasal Raya, Kuih raya dan WiFi. haaaa ingat iklan Maxis raya kali ni? 

"Ada WiFi tak?"
"Takde" kata budak montel tu sambil tersenyum.

haha. Sama la dengan situasi kita kita luar daripada iklan ni. Dunia sekarang dah maju. Smartphone sorang satu haa. Sedangkan budak budak sekolah pun ada satu. yang penting sekarang, boleh layari internet. 
Media sosial Facebook dan Twitter jadi tumpuan golongan muda mahupun yang tua. Kalau remaja remaja ni, Twitter la nombor satu. 

Nampak awek lalu, terus tweet, " Fuyyoo, awek cun lalu siot "

Pastu ada orang retweet ,  RT Fuyyoo, awek cun lalu siot 

Rasanya remaja dan twitter ni dah sinonim dah. Seronok tweet tweet ni. Lagi lagi kalau ada yang melayan. haha.

Nak dijadikan cerita, Wifi kat rumah haruslah ada password. 



Adalah lebih elok jika kita fokus bila beraya rumah orang. Berborak dengan tuan rumah, makan kuih, minum air yang dihidangkan. Kenyit2 mata kat anak dara better jangan. haha. Perkara ini haruslah dipupuk untuk mengeratkan lagi hubungan sesama tetamu dan tuan rumah dan juga memupuk nilai murni.

Kadang kadang, apa yang kita cakap boleh menimbulkan fitnah dan dipandang buruk oleh orang lain. Boleh juga menyinggung perasaan. Sebagai contoh, kalau kita pergi rumah member. member kita masak tak sedap, pastu kita tweet "Puihh, mee goreng dia tak sedap. tak rasa pape" Dan kemudian ada orang RT sehinggakan member kita tu nampak RT tu. Haaa, kan dah tersentuh hati beliau. Tak gitu?

Tapi, ada jugak bukan tetamu yang sibuk dengan phone, tuan rumah pulak yang sibuk main phone. haaaaaa kan? jangan tak mengaku pulak! haha

Raya kali ni, aku nampak budak2 takde dah nak buat kes pecahkan balang kuih raya ke, tumpahkan air ke, sebab? sebab diorang sibuk mengadap iPad, Tab dan sebagainya. Main game. Sampaikan ada yang meraung-raung nak main game. Terpaksa ugut.







(salah letak kaler baju. tak sama atas bawah. haha)



Korang macam mana? Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang ber'sosial' di alam maya ketika beraya?  :)

9 comments:

fa said...

fa jenis biasa2 je.. ngee.. ^^

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

password satu huruf Rm 5 , mak aiyy...kalau ad 10 huruf , kayo la...hahaha

Syazana Zainn said...

haha. same here
dtg umah tanya password. haha

p/s: mahalnya harga sehuruf password ;)


selamat hari raya aesya :D

Eina Sakinah said...

hehe iklan raya maxis.. yee bdk2 skarg ni semuanyaa nk main ipad.. pastu sibuk cri wifi

FarhanahAdzlan said...

tak sempat nak mintak battery phone mesti dah habis hahaha
klau kat rumah saya lagi teruk yg datang tu terus bukak komputer kat rumah saya sendiri then onlinee camtuu jee -,-

Aujinz said...

pasword rumah aku ada 12.. kalau satu huruf RM5.. perghhh... kah kah kah...

Nabiha Zaidi said...

Kalau dah lama sangat duduk kat rumah tu, mintak lah jugak password wifi nye. tak tau nak sembang ape. heheh.

deno said...

haha.. anak buah deno ada peraturan... raya is raya,, no ipad, no iphone, no tablet

Alia Laila said...

Kannn. Anak-anak sedara masa seminggu dekat kampung, duk ngadap iPad, tablet ja. Makan pun taknak, nak main benda tu ja la. Kita yang besar panjang ni satu gadget pun non hado. Ish ish.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat