#1 : Graduate Career Accelerated Program GCAP
minta maaf sebab tak terupadate pulak pasal GCAP. ni disebabkan saya dapat pertanyaan yg bertubi-tubi drpd kalian semua, maka saya teruskan update pasal GCAP ni.
untuk pengetahuan anda semua, ade certain tempat yg sudah tukar nama program, iaitu kepada GEP. Graduate Employability Programme.
Pengalaman saya menyertai program ni cukup luas. mula2 tu rasa 5 minggu lambat nak habis, tapi bila dah habis, rasa EH?? Dah HABES ke?? alaaa.. haa macam tu lah. hehe.
okay. saya akan ceritakan serba sedikit apa yang saya dapat dri program GCAP ni.
Berikut adalah silibus ketika sy menyertai GCAP. tak tahulah selepas ini masih sama atau tidak, mungkin sama lagi.
- Self Management
- Professional Interaction (indoor games)
- personal branding
- customer service and beyond
- ETP and GTP
- international business english and body language
- team building (outdoor)
- customer interaction on worldwide prospective
- grooming, business and social ettiquette
- critical thinking
- global entrepenuership
add on : interview skill
MINGGU PERTAMA
akitiviti minggu pertama ialah Self Management dan Professional Interaction. Masa ni, mood masih dalam perkenalan sesama candidates. trainer akan conduct segala aktiviti. untuk self management dan professional interactions, kami dibahagikan kepada beberpaa kumpulan. segala aktiviti dalam minggu ni, memerlukan semangat berkumpulan. ada juga aktiviti secara individu. minggu ni, dalam sesi perkenalan dengan orang lain dan juga diri kita. masa ni lah kita tahu nilai kita. apa matlamat kita, apa profesion yang sesuai untuk kita. apa kekuatan dan kelemahan kita yang harus diperbaiki. setiap hari lain aktiviti. enjoy :)
dalam minggu ni gak kami di perkembangkan dgn pengetahuan mengenai economic transformation programme and government transforamtion programme ETP & GTP. sedikit sebanyak kita tahu perkembangan ekonomi negara kita. masa ni jugak, ada public speaking.
dalam minggu ni gak kami di perkembangkan dgn pengetahuan mengenai economic transformation programme and government transforamtion programme ETP & GTP. sedikit sebanyak kita tahu perkembangan ekonomi negara kita. masa ni jugak, ada public speaking.
after two days talk about ETP and GTP
MINGGU KEDUA, KETIGA
Personal branding, customer service and beyond, international business english and body language, team building (outdoor) customer interaction on worldwide prospective. saya tak berapa ingat sususan ikut minggu tapi lebih kurang ini la.
untuk aktiviti dua minggu ini, banyak memerlukan kita cakap di hadapan secara individu. public speaking. contohnya, personal branding, haa kita brand ourself. kita ni jenis orang yang macam mana. dari slot inilah, kita tau apa kelemahan kita, kekuatan kita. dan cara untuk improve diri.
ada jugak aktiviti jadi pengacara tv :P macam mana cara kita duduk, eye contact, cara cakap dan macam2 lagilah. setiap yg kita lakukan, akan dapat komen daripada trainer dan juga candidate lain. so dari masa ke semasa kita dpt perbaiki diri.
Personal branding, customer service and beyond, international business english and body language, team building (outdoor) customer interaction on worldwide prospective. saya tak berapa ingat sususan ikut minggu tapi lebih kurang ini la.
untuk aktiviti dua minggu ini, banyak memerlukan kita cakap di hadapan secara individu. public speaking. contohnya, personal branding, haa kita brand ourself. kita ni jenis orang yang macam mana. dari slot inilah, kita tau apa kelemahan kita, kekuatan kita. dan cara untuk improve diri.
ada jugak aktiviti jadi pengacara tv :P macam mana cara kita duduk, eye contact, cara cakap dan macam2 lagilah. setiap yg kita lakukan, akan dapat komen daripada trainer dan juga candidate lain. so dari masa ke semasa kita dpt perbaiki diri.
tv show. bayangkan kat depan ada camera.
ada juga slot debating. best jugak debate2.hehe
presentation
group saya telah memenangi Best Group Presenter. dinilai berdasarkan cara penyampaian dan isi dalam presentation. saya present tak okay pun. ahli group yg cover utk saya :p
ini hadiahnya. tak habis baca lagi. haha.
dan aktiviti outdoor kami adalah di FRIM, kepong. Forest Research Institute Malaysia. kat sini, kami lakukan aktiviti treasure hunt. berpeluang masuk ke hutan untuk tengok2 tanaman disana.
sebelum berangkat ke FRIM
dalam minggu ni juga, kami belajar serba sedikit mengenai interview skill. dari slot ni, dapat tahu cara untuk jawab soalan-soalan interview dgn betul. selepas itu, ada sesi interview one-to-one dgn trainer.
(difahamkan aktiviti ini juga lain mengikut tempat training)
MINGGU KEEMPAT DAN KELIMA
minggu keempat, more to grooming, business and social ettiquette. kami diajar cara berpakaian yang sesuai, cara mekap yang boleh dan yang tidak boleh,cara bergaul dengan org luar terutama untuk multinational company. jadi pergaulan pun haruslah international utk tarik perhatian mereka.
kami juga banyak diberi task on the spot. untuk melatih kita buat kerja dengan cepat. contohnya, kami diberi masa 2-3 jam sahaja utk menghasilkan video utk promote something. eg : malaysia attraction. kemudian harus dipersembahkan dalam kelas.
video kami turut dimuatnaik ke laman youtube MIT Academy :D
ni group saya punya ..
enjoy kan? haha
utk global entrepeneurship, kami dikendaki buat public speaking tentang entrepeneur yang telah ditetapkan. sedikit sebanyak kita tahu perjalanan perniagaan mereka dan tahu cara mereka berusaha dan apa yang mereka alami untuk menjadi ahli perniagaan yang terkemuka.
dan untuk minggu kelima. kami juga diberi task untuk buat video commercial gcap batch 3 dan juga cheerleading video untuk promote batch kami. alhamdulillah, pihak atasan berminat. semua aktiviti ni untuk menguatkan kerja dalam pasukan.
boleh tengok di laman youtube juga :)
amacam? best tak? :D
sebenarnya, banyak lagi aktiviti yang dijalankan. ini secara roughly je yang mana ada gambar pada saya. bayangkan setiap hari lain-lain aktiviti dan task. 30 hari?
tapi enjoy. 5 minggu sahaja. kami datang 30 hari dan lakukan semua aktiviti. semua aktiviti dan task adalah dinilai secara individu. penilaian kami dihantar ke MyPartner sebagai rujukan mereka. dan akhirnya kami dapat sijil di closing ceremony (hari terakhir gcap)
selepas habis program GCAP ni. kami semua dijemput untuk menghadiri Career Fair khas utk semua candidate yang participate in GCAP. career fair ini akan diadakan setiap bulan. selepas habis je program gcap, ade career fair. seminggu atau dua minggu sebelum career fair dijalankan, pihak MyPartner akan beri emel kepada semua peserta tentang maklumat company yg akan hadir dan position yang ada utk kesemua company. jadi, kami ada masa utk prepare. dekat career fair tu, ade 23 company yg hadir. jadi kami boleh pergi mana2 company yg kami mahu utk sesi interview dengan mereka. kalau nak pergi kesemuanya pun boleh :)
kat career fair tu, antara company yg ada ialah Sony, GS paper n packaging, Panasonic, Denso, PHB, DRB Hicom, Honda, Top Glove, Malakoff, Felda, Proton, SME Bank, GoSocial dan macam2 lagi. Company2 ni tak fixed ye. kalau mereka ada kekosongan yang banyak, mereka akan ke career fair..
so, kalau anda bertuah, anda dapat terus surat tawaran atau panggilan temuduga kedua. ataupun tunggu panggilan daripada mereka.
selepas career fair, MyPartner akan call semua candidate utk update sama ada kami dapat kerja atau tak. kalau tak, mereka akan jemput kita untuk next career fair. sehingga kita dapat kerja.
rasanya tu jela kot. so, harap lepas ni semua boleh faham secara roughly apa GCAP ni sebenarnya. ataupun GEP.
sekian terima kasih. :)
3 comments:
Tq very much 4 info2 ni. Sgt brguna. Gud luck in ur life
vid 1 sngkut2, mcm ada org ckp.. "semula"..
Vid 2,, best!! lgi2 bab daun2 berguguran!!
vid 3.. tgk sekerat dah mls..
good fr you!! gud luck in ur life... =)
dulu...suka join program2 cam ni...la nih, lepas jumpa pakwe kat kursus....tak suka dah...hahahaha...
Post a Comment