Saturday, December 29, 2012

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati - Anda Bijak Jauhi Zina

Assalamualaikum wbt. hai kawan2. haritu, ntah bila dah lupa haha aku ada terlihat link yg dipost oleh blogger Datin Tyka utk jadi fasilatator Program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati sempana ambang Tahun Baru 2013. tapi aku tak mampu la kan nak jadi fasi, ada syarat2 nya.. makanya aku daftar untuk jadi peserta jela. percuma je tau! tanpa bayaran! disasarkan utk remaja

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati merupakan himpunan para remaja dan belia alumni program Anda Bijak jauhi Zina (ABJZ), yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. 



haaaa daripada korang duk sambut tahun baru masihi 2013 yang entah bukan2. kesana kemari dengan boipren duduk bawah fireworks. better la korang pergi masjid.

Tarikh : 31 Disember 2012 (Isnin) – 1 Januari 2013 (Selasa)
Lokasi Program: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam)
Masa : Bermula 3.00 P.M (31 Disember) hingga 2.00 P.M (1 Januari)


sebenarnya, program ni ada buka penyertaan kepada 1700 peserta yang terawal mendaftar akan disediakan tempat penginapan dan makanan. akan tetapi, sekarang dah tutup pendaftaran. sebab dah melebihi kuota. berita baik, selain 1700 peserta berdaftar tu, anda semua yang berminat bolehlah join skali program ni tapi tak disediakan tempat penginapan dan makanan. 



Aku antara yang bertuah menjadi peserta berdaftar untuk program ni, tapi malangnya aku tak boleh nak datang utk daftar diri iaitu pada jam 3.00pm-6.00pm 31 Disember 2012 tu.. sebab aku on training. 


konklusinya, aku rasa aku tak dapat join. kalau aku join pun mesti dengan badan yg penat dan tak bermaya. kang tak memasai orang qiam aku tidur lak. hoho. aku pun tak sempat nak inform yang aku cancel join. tapi bila aku tak datang lapor diri pd waktu yg ditetapkan, confirm2 aku dah terbatal penyertaan utk dptkan penginapan dan makanan. so, sape yg bertuah xsempat daftar online, dan ada tempat kosong masa daftar diri pada 31 Disember tu, ada lah peluang jadi peserta rasmi..


untuk maklumat lanjut tentang program ni, anda semua boleh klik link bawah ni..


Jadinya, program ni mensasarkan 1700 belia & remaja, berkumpul bersama-sama, menyatakan tekad kita untuk menjadi belia dan remaja bijak jauhi zina! bukan 1700 sahaja target mereka, tapi lebih !

REMAJA BIJAK JAUHI ZINA !


mana satu pilihan anda? bagaimana anda mulakan tahun 2013 anda? dan apa yang anda dapat dipenghujung tahun 2012? fikir-fikirkanlah..



p/s; ahh ruginya tak dapat join. dah daftar dah. huhuhu. aku join GCAP training program. ape tu? nanti aku cite..hehe

3 comments:

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam singgah..
saya follow sekali blog awak..
ada masa mai la singgah ke pondok buruk saya http://goldazone86.blogspot.com/... kalau ada masa mai la follow sekali ek

Saif As-Solihin said...

sama la kita. saya pun x dapat join, padahal dah daftar nama dah... rugi je, tapi kolej ada program, terpaksa la xdpt g himpunan ni...

Tuan Besar said...

wahh bestnyaaa! tapi 1hb dah kena balik asrama U_U

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat