Friday, October 26, 2012

Bercinta dengan Blogger? boleh percaya ke?

p/s : Bukan semua blogger. segelintir


BERCINTA DENGAN BLOGGER?
BANYAK KEBURUKAN ATAU KEBAIKAN?

haaa gempaks tak entri aku kali ni? muahaha. aku up entri ni bukanlah suka2 tapi setelah apa yang terjadi dgn orang sekeliling aku. kawan2 aku sendiri tergolong dlm kalangan blogger dan juga bukan blogger. 

PERNAH BERCINTA DENGAN BLOGGER?
cinta itu universal. boleh jadi kita jatuh hati dengan blogger. boleh jadi bukan blogger jatuh cinta dengan blogger. ada juga blogger dengan blogger. haa gituu.

mengikut pengalaman aku memerhati keadaan sekeliling, RAMAI YANG TAKUT BERCINTA DENGAN BLOGGER. lagi2 blogger yang mempunyai blog personal (tak semua tapi ada). mereka akan lebih cenderung untuk update kisah hidup mereka kepada pembaca. TAYANG-TAYANG BF/GF kat blog. bila gaduh? berpisah? mula CACI MAKI antara satu sama lain di blog.



bila dah benci, apa pun boleh jadi. yang lelaki malukan perempuan. yang perempuan lak malukan lelaki.
masing2 nak hebat. masing2 nak update LAGAK MACAM BUKAN SALAH DIRI SENDIRI. bukan mereka punca terputusnya hubungan.



jarang aku jumpa orang update, "YOU, I TAU I SALAH.MAAFKAN I !!!!"

tapi selalu aku jumpa, "APA APA SALAH YANG U BUAT SELAMA NI, I MAAFKAN"


bila cerita bukan salah diri sendiri, mulalah supporter (dlm kalangan blogger jugak) menyokong tindakan yang dilakukan oleh blogger tersebut. mengutuk bekas bf/gf di blog. mengutuk, MENGUNGKIT-UNGKIT. haa itu yang selalu terjadi. hati siapa yang tak sakit, lagi2 kalau bekas bf/gf bukan dlm kalangan blogger.




aku bukan reka cerita. ini kisah benar. aku ada rakan2 yang sanggup cerita perkara sebenar kat aku sendiri tentang perangai sesetengah blogger. sedangkan aku sendiri seorang blogger. 'Jangan bercinta dengan blogger. tak boleh pakai punya' aku tak kecik hati cuma aku anggap itu salah satu ingatan buat aku.


jadi, aku nak seru kepada semua. janganlah kita termasuk dlm golongan sebegini. aku sendiri takde pengalaman bercinta dengan blogger. jadi aku tak alaminya sendiri. tapi aku tumpang MALU bila dengar sendiri dari mulut bukan blogger. mana nak letak muka woi.


boleh jadi, mungkin orang takut bercinta dgn aku sebab aku blogger. kan?

tapi, mungkin ada blogger dgn blogger boleh bercinta tanpa ada masalah kecoh2 di blog kan? hihiks

 yang penting, KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN itu penting. aku yakin blogger yang bijak dan matang tak akan buat perkara yang tidak baik seperti ini.


jadi, apa pendapat korang? pernah bercinta dengan blogger? pernah terjadi perkara sebegini??


23 comments:

Fathiyyah said...

Minta jauhkan.

CikMai said...

depends la. jangan la cari blogger yang entry keje hentam orang je.

Nyamuk Terbang said...

yeaaa brcnta dgn penggali kubur

KAMIHIDUP said...

Bercinta biarlah rahsia. Hahaha.

♥ Nana BamBam ♥ said...

err ade kene mngena ngan nana plak..hehehehe


ala walaupun x kenal handred persen tp nampak molek jaa..haaa gituuu :D

zaxx said...

huhuhu cinta itu indah..:) yg penting org yg bercinta tu pndai handle kan diri..tak kirala dia tu siapa..:) hehehe

awish said...

hah, macam tu pun ade punya orang.. ish ish

awish said...

hah, macam tu pun ade punya orang.. ish ish

Ezy Chiaki said...

xprnh bercinta ngn blogger..
tp ngn bebudak chat ade la..
hikhik
xbest la bila gdoh jd camni..
huhu

Aujinz said...

Pokok pangkal berbalik kepada blogger gak.. kalau bukan blogger pon, depa cerita kat facebook, Twitter.. sama jer..hik hik hik


aku pun ada kisah kapel kapel gak dulu.. tapi tak pernah aku cerita kat blog... koh koh koh

takpe laaa.. ini pun peringatan untuk aku gak...

nur amalina athman said...

tak pernah bercinta dgn blogger.
Tapi pena tngok situasi mcm ni yg dialami psgn blogger tu bila putus..:)

AbgferOz said...

hahaah.. rajin beno lukis kartun nye.. hihihi :P

tengok kartun ja da tergelak :P

CekbOlat-bOlat said...

weii laki aku speakersekolah tu ! blogger jugak . marah ni . marah ni . haha

bergantung pda kematangan . kalau jenis blog personal yg suka cita "sweetsweet" bagai tu mmg cem tu la ,

gua malas nak cita pasal laki gua . bikin menyemak entry . harharhar XD

encik aed said...

Hahaha... Member gua pun slalu cakap kat gua.. Baik2 cakap dgn dia ni.. Nanti dia tulih kat blog..

Shawn Razaleigh said...

aku yakin

Eca Dwinky Asha said...

uwaaaaaaaaa..xingin la..nnti jdi macam ne pulak.hahaha

Akiraa said...

cintalah pada Allah lebih selamat dn terjamin :3

Haris Khairuddin said...

blogger atau tak sama je. dah nama pon manusia. selagi asyik tuding jari kat orang lain.. memang salah sendiri takkan nampak punya. pokok pangkalnya hati sendiri..

kaizen said...

x kesha blogger or x... bnde ni berlaku gak kt kwn2 yg bkn blogger... bg ak kalo stakat kapel tu xyah nk heboh sgt laa... bkn ape ade jer yg dengki nnt... x dpt care ksar org buat care "halus" ak sendiri penah kne.... keep low profile... nk kawen nnt bru bgtaw mbr2 jmpot g knduri...

*x terase nk update psal awek kt blog even dlu ade...

hafiz hafizol said...

haritu aku ada tanya member aku dia nak try x ngorat kwn blogger aku.. cepat-cepat dia ckp x nak.. sbb Blogger katanya.. takut kemain.. haha.. =p

AMMAR YASIR said...

Aku boleh lah bercinta dengan blogger kan? Sb blog aku blog info. Bukan personal

Sembang Kemas said...

bukan jatuh cinta dengan blogger,tapi buat blog lepas bercinta.

jahanam.

Sembang Kemas said...

bukan jatuh cinta dengan blogger,tapi buat blog lepas bercinta.

jahanam.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat