habis degree ni, gua ingat nak berehat, main game bebanyak, guling guling 24 jam. tapi, mak gua offer gua jadi guru ganti kat sekolah rendah beliau. gua yang mempunyai sifat KEGURUAN (buekkkk nak muntah) ni pun terimalah. daripada mengamalkan gaya hidup yang tak sihat di rumah, baiklah pegi kerja. mengajar, membantu anak bangsa menjadi orang yang berguna.. (muntah lagi)
gua ingat lagi masa lepas SPM dulu. sebelum masuk matrik, gua jadi guru kelas tambahan di sekolah tersebut. gua ajar English darjah 3 dan 4. dah besar sikit bolehlah control bebudak ni. umpan bagi gula2 diamlah diorang. muahaha..
dan gua juga pernah mengajar sebentar subjek science untuk darjah 1. suasana kelas darjah 1 rupanya sangat dasat. sakit otak gua dibuatnya.. macam macam hal.
ada satu malam tu, sedang gua mengajar tumbuh-tumbuhan, tiba-tiba....
BLACKOUT !!!
nak tau ape terjadi bila lampu terpadam??
semua bebudak peluk peluk gua sambil menjerit ketakutan. yang tak boleh blah dengan bebudak lelaki pun sama peluk gua. puiii geli betul, adik gua pun tak pernah peluk gua tau. harhar..
haihh, nampaknya perkara sebegini akan berulang lagi. doakan gua selamat.
kbai.
8 comments:
siyes comel...hahahaha...
teacher teacher... nak join masuk kelasss... koh koh koh
jangan bebudak tu masuk hospital sudah.. hoho. ;p
hahaha..nie mesti teacher baik..layan je budak2 dlm kelas tu.huhuhu
haha dak laki ambik kesempatan ka ni haha
hahahaha..! akak jd cikguu ? terbaikk cikgu dajah 1 ..huhu
ala comelnye bdk2 dtg peluk sbb balckout..haha
mm.. untung sangat arr dak laki tuu.. die bijak mngambil peluang.. hehehehe..
Post a Comment