Sunday, August 21, 2011

Majlis Iftar Jamaie X-Generation SMKAKS Ogos 2011

Assalamualaikum wbt.. pada hari rabu yang lalu, saya dan kawan2 hadir ke majlis iftar jamaie bersama rakan2 sekolah menengah di SMKA Kuala Selangor iaitu sekolah saya ketika saya berada dlm tingkatan satu hingga tiga. tingkatan 4 saya pindah sekolah sebab terima tawaran sbp. kira-kira 5 tahun jugakla saya tak bertemu rakan-rakan. ohh betapa rindunyaa.. jadi kali ni, saya update pasal iftar ni atas permintaan ramai. (ramai ke? haha!)

perjalanan dari Klang pada jam 4.30 petang. rancang pukul 3 bertolak. tapi apakan daya. kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. wahaha.. calon ustazah pilihan tak? :D

kalau boleh saya nak buat muka lagi serius !

oh, mari saya perkenalkan rakan-rakan saya. yg tgh tu, Adilah dan yg biru pakai spek ni Syazwani.

sampai kt Kuala Selangor kira-kira jam 5.30 petang. singgah ke bazar ramadhan untuk membeli juadah..

kami berbuka di kantin sekolah. kira2 50 orang atau lebih ex-student yang hadir. sungguh meriah. saya suka sangat bila nyamuk sgt banyak mengganggu saya dan rakan-rakan berbuka puasa. hahaha..
selepas berbuka, kami menunaikan solat magrib, bacaan yassin, solat isyak dan juga solat terawih. imam terawih sangat laju pukul 930 dah habis terawih 8 rakaat siap dengan witir sekali. hahaha.. diimamkan oleh pelajar SMKAKS sendiri.

lepas tu sesi bergambar.

ni saki baki yg tinggal..ade yg dah balik awal..


ini sajalah antara gambar yang saya muatkan di dalam blog ni.. xleh letak lebih2 sbb blum mintak kebenaran lagi..

haa, yang tudung pink ni blogger. boleh lah terjah dan follow blog die okay..


kat mane mane gambar mesti terselit gambar saya. kehkehkeh..

kami bermalam di bilik sakit asrama puteri. kami tidur beramai2. ade juga yang tak tidur. tapi saya tak tahan terlalu mengantuk jadi saya tidur jugak walaupun hanya dua jam. keesokkan harinya saya lantak tidur berjam-jam lamanya di rumah. wakaka..

kami juga mandi bersama-sama. comel jugak saya pabila berkemban.okbai.


btw, thanks kepada semua rakan-rakan terutama http://salsabiilasofian.blogspot.com/ yang sudi mengaturkan event ni.. walaupun takde aktiviti sangat tapi bergosip pun dah cukup bagi saya. muahahaha..

rupa-rupanya ramai kawan2 yang baca blog saya. saya rasa sangat segan. ingatkan takde orang baca. ingatkan saya syok sendiri. http://www.miemi90.blogspot.com/ pun baca blog saya rupanya. siap follow lagi. tapi saya tak perasan. sebab saya tak perasan cantik (tetibe ape hal?) jadi lepas ni saya tak boleh nak update entri yang cikai2. nanti kawan2 saya tak nak baca. ada juga yang muntah nanti.

kawan2 saya panggil saya "Aesya Zealous" ohh saya sangat tak biasa sebab selama ni mereka panggil saya Ecah.

http://atiqsalleh.com/ kata nuffnang saya mesti banyak tapi die tak tau yang takde orang nak klik nuffnang saya. nak beli baju raya pun tak lepas. hohoho.

ohh tak lupa juga kepada http://bewiful0ve.blogspot.com/ beliau pun ade time iftar tu.

okay itu saja.


p/s : tetibe saya rasa bertambah hensem apabila menggunakan 'saya' ahaha!!


10 comments:

Umie Artoqiemie said...

HAHA.. hengsem betul awak..
bestnye kembali ke zaman sekolah.. dapat tido ramai2 lagi..

vampire and his lady said...

sekolah agama? haha. x percaya gila.

Cik Baju Kurung said...

bestnye buat event macam nie . :)

kaizen said...

ramainyer blogger SMKA....

atiqsalleh said...

haha.. gler la ko.. sanggup cari url diowg.. hahaha...

psst! nuff aku pun sama.. tak cukup nk beli baju raya.. haha

tomatokering :) said...

hahahahaahah hemsem noo saya tu . kui3 ;p

NOOR FATIN said...

bestnya la. saya thun ni keje je, xdapat la nak berbuka puasa dgn kawan2 sekolah mcm tahun lepas..wuwuwuw

RasyidHamid said...

wei ko lahir tahun berapa....kakak ngan adik aku skola sane gak wei..hahah!!

RasyidHamid said...

fathanah hamid ngan aisyah hamid...lu kenal??? hahaha!!

muhamadsufian89 said...

aku tengok baju kurung ni macam baju kurung yg kau paling suka je. macam banyak je gambar kenangan kau dgn baju kurung ni. hehe

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat