Monday, May 2, 2011

Cover Dada Anda


" sejak bila kau pakai shawl nih? "

" dah lama dah "

" ohh, aku tak berapa minat la shawl2 ni "

"erk.. tak suruh kau suka pun. kau lelaki buat apa nak suka shawl."

"takdela, maksud aku, tak berapa minat la perempuan yang pakai shawl ni. tengok je dh x suke"

"oh okay paham2.. mesti awek kau pakai tudung LABUH kan "

" takde la. just tudung biasa tp lepas la. tak selempang"

"okay. bagus."




dia berlalu pergi.

dalam hati gua berkata.

ek eleh mamat ni. cakap macam tu ingat aku stop pakai shawl then nak suruh ko suka tengok aku la? ptuihh...

haha..cakap jela yg dia terkesima tgk kecantikan gua. haha. okay2 jap. gua very sure lah korang2 yang lelaki pun tak suka shawl2 ni kan. korang mesti suka org yang pakai tudung labuh tutup dada kannn... kann kann kannn.... haha..pepandai la korang, sume dah besar. pandai la fikir mana baik buruk. mne yang elok, mana yg buruk..

gua ada tengok beberapa video kat youtube cara nak pakai shawl. yela, gua kan SUKA pakai shawl kan. nak buat camne..

ade la beberapa video yang kene sentap2 sebab tutorial nampak DADA. aurat lah tu kan. tutorial pakai tudung@shawl tp nampak DADA? aigooo, habis bertalu2 orang sound dan juga nasihat.

"pakai tudung tutup aurat. dada tu aurat ke x?"

"delete lah video ni. saya nasihat sbg sedara seislam"

"15 juta views, 15 juta orang tengok aurat anda"

"kan ade jual inner tutup leher. pakai la tu, pastu nk buat tutorial bebanyak pun buatlah.."

aiseh..kesian minah tu.. gua pun berharap die delete la video tu. tak tertanggung dosanya nyahh...
tapi gua pelik, apesal ade lelaki yang tengok video shawl?? hahaha..hairan... pergilah tengok videoklip wondergirls ke, snsd ke, AF ke, tak pun Gula-gula.. bertambah sikit dosa korang...haha

comel tak gua lukis doodle bertudung? haha khas utk Amalina Athman..

p/s: so, marilah kita berusaha menjadi yg lebih baik..perbetulkan diri..nasihat utk diri sendiri gak. peace!


19 comments:

Alwani Raihan said...

Gua sokong ini entry! lepasni gua pakai dua shawl. satu tutup kepala satu tutup dada, amacam? cara? :')

siti suraya said...

hehe . entry nihh comel (:

NiNaBaNaNa said...

tak paham betul ah dengan mentaliti orang ni . apehal plak tak tutup dada ? macam photo dalam blog you ni you pakai tudung alaa yuna , CUN ape . kebanykkan tudung style yuna ni semua tutup dada . labuh , namun STYLE . shawl pun bole jugak beli panjang sikit . nak pendek pun okay .tapi baju takyah ketat .
SO EASY and SIMPLE right ?
As ABC . sepatutnye mereka ni skong lah usaha girl yang nak pakai tudung . bukan hina and kutuk kaw2 kan ? sekarang dah terbukti , pakai shawl pun masih boleh bergaya kan ?
janji ikot syarat . haihhh .
you biarkan je orang kritik teruk2 tu . janji you perbaiki diri dengan lebih lagi :)


-always support girl-

erleena said...

haha betul2..da byk el bace kmen tntg laki sal pompan bershawl2 nieh,kite pun trase jgak kan,tapi nk pkay shawl bley la kan ,y pting ttup ap y ptot :)

hasrulwahid said...

asal pulak? gua suke jer awek pakai shawl. LOL

dayang said...

haa..itu boleh mendatangkan kehairanan tu kalau lelaki da pandai tgk tutorial tudung..mmm..apa dorg nak tgk ea? hahahaha

nub said...

aiseh.. suke nar org tgok dada..

dah dah tak abes2 da da.

haha

Inche Vampire said...

bwahaha...aneh jugak bila boys tgk tuto tu. haha.. mana dorg tahu nampak dada? dorg tengok lettew. haha

Gee said...

haha..rilek2 sha...xpe shawl pn bole gaya yg sopan jugak kn..tgk cara org tu pakai jugak..pape pn depends la pada org tu...hehe chill beb..

cik kumbang said...

suka post nie
p/s:lelaki xpuas ati la tu...

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...

tutup aurat biarlah ikut syariat, bukan ikut trend...kalo ikut trend, xde la berkatnya..tutup aurat ni bukan skadar tutup or utk tunjuk alim tp menjaga diri dan agama juga..itu juga sbg sebhgn identiti islam...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

pipoq said...

nak bercantik tu tak salah asalkan betul betul ikut peraturan yang ditetapkan..

kalau bertudung tu, sebaiknya bumper depan tu bercover la sikit baru la tak terbonjol nampak..

lelaki pun, kalo nak pakai baju fit fit tu, labuh sket la beb..ni baju singkat, bila duduk kat saf depan aku, celah alur pongong ko tayang kat orang belakang ape hal ? ingat cantik sangat ke alur pongong tu? siot tul..

Piah Becok said...

.............. gua baru beli 2 shawl kunun nak pakai esok. sapot sikit??? ptuihhh..

ala, ape salah pakai shawl? pepandai la pakai kasi tutup dada. bukan tak reti pun kan? kot nak tegur pun tegur la cara baik-baik.

kan? kan? kan?

KAMIHIDUP said...

KAMI suka shawl, tapi biarlah berasaskan agama. aurat tetap aurat. :)

AesyaZealous said...

@Alwani Raihanhaha memang cara!

@siti suraya ape yg comel?huhu

@NiNaBaNaNa its right. hairan betul.

AesyaZealous said...

@hasrulwahidhaha suke ek? :)

@erleena betul2.. janji ttup kan

AesyaZealous said...

@nub ape ko merepek ni nub..hahaha dada

AesyaZealous said...

@pipoqhaha pipoq emosi!! ewww alur

AesyaZealous said...

@Piah Becokhaahha pakai jela peah oiii..eh piahhh...hahaha

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat