Friday, February 11, 2011

Lima Belas Maksiat yang diturunkan Bala

Dunia pada hari ini telah mengalami segala apa yang telah disabdakan Rasulullah, hanya mungkin belum sampai ke peringkat terakhir.

Dari Ali bin Abi Thalib Ra. dikatakannya, Rasulullah bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu saja.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menuruti kemahuan isteri
5. Anak mendurhaki ibu bapanya
6. Sedangkan dia berbuat baik dengan teman-temannya
7. Anak-anak menjauhkan diri dari ayah mereka
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) menjadi minuman di segenap tempat dan penjuru atau merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki .
13. Para penyanyi perempuan disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) terdahulu.

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (HR.Tirmizi)




p/s: sekali-sekala jom la join group macam gini selain Sahabat blogger... kekekehh.. bagus group ni.. kalau ade info baru, die akan hantar ke inbox fb.

8 comments:

Fariq Jalil said...

thnx for sharing.. terpikir sejenak.. benda2 kat atas ni mmg dah berlaku.. tunggu masa je nak sampai bala.. :hmm

Aku Dan Bolasepak..

Anonymous said...

apa kata tiap2 hari jumaat post2 benda2 ilmiah kann

pipoq said...

elakkan la diri dari 15 perkara tu agar tak menjadi penyumbang kepada bala..

Syukri Mohtar said...

pipoq : btol2..elakkan yg 15 tuh..

Botak itu Menawan

Unknown said...

Hmm.. sume yg disebut tu aku rasa dah terjadi pun...

Just nak tny la... kalau agak2 kalau ditukar jadi makhluk laen tu... maksudnye apa ea??? Boleh terangkan x?

Puyi said...

sggh menakutkan!!! penyanyi tu... alaai.... melambak da sekarang, dorang tetap x kesa pun. x sngke menyanyi pun maksiat ye...

Woofer Storm said...

slm

pena bca bnda ni,tapi thank ingatkan..

fa10 said...

renung2kanlah bersama...

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat