Saturday, February 12, 2011

Ibu Tetak Anak Tak Bangun Solat

Salam readers. Apa khabar semua? Sihat? Hope semua sihat sihat belaka. haha tajuk ala ala Metro sekali lagi!! haha. Entri hari ini ialah berkenaan dengan LIAT BANGUN SOLAT terutama subuh.

Ada hikmah kenapa Allah letak solat subuh ade 2 rakaat je. Sbb Allah nak bagi kemudahan kat kita dan Dia tau yg kita2 ni sume liat bangun pagi dari dahulu sehinggalah akhir zaman nnt. Haha.

Memang tak dapat dinafikan kadang kadang aku liat gak. Celik pukul 6 tp dalam hati, ‘nanti kejaplah..’ nanti kejap nanti kejap sampai dah nak pukul 7 baru bangun. Subuh gak. Subuh gajah namanya tu. Tak baik. Jgn jadikan teladan ye adik2. Bersama-samalah kita berubah kearah yg lebih baik.

Nak dijadikan cerita, mak aku memang rajin qiamulail. So subuh pun tak terlepas la. Tapi anak-anak macam hampeh. Nak bangun solat subuh pun mak yang kejutkan. Kalau tido lambat, subuh mmg kaw kaw liat punya nak celik. Sehinggalah pada suatu hari mak aku bawak parang gi bilik kitorang dan berkata, ‘KAU BANGUN SEKARANG! KALAU TAK, AKU TETAK SORANG SORANG’


Cepat2 kami semua bangun menuju ke bilik air. Hahaha!

Banyak taktik yang emak aku lakukan utk suruh kitorang bangun subuh. Ada satu tu mak aku pasang TV kuat2. Pagi pagi kan ade ceramah motivasi kat tv kan. Hambek kau dengar tazkirah pagi2. Kalau bukan tv, mak aku yg tazkirah.hahaha.

Pernah sampai satu tahap tu mak aku langsung tak kejutkan kitorang sampai semua terlajak subuh. Ish3. Katanya, ‘NAK SOLAT, PANDAI PANDAI LA BANGUN SENDIRI’

Sejak hari tu, aku akan bangun kalau mak aku kejut. Takot nnt2 die taknak kejut dah..huhu..

p/s : aku sorang je ke yg liat? korang??

Liat bangun solat, syaitan selimutkan kita dgn selimut babi. Kan? Perghh kena samak la kalau gitu! Haha.

malu dgn Fahmi. mesti kau rajin pegi solat subuh kat masjid kan. T.T


kalau salah tlong betulkan :) sekian wassalam!

tgkla header aku. aku yg buat sendiri. hensem tak? kehkehkeh!

17 comments:

NabiLLa NaSir said...

saye pun cmtu. kalau tidur malam lambat sgt, mmg liat nak bgun subuh

Fariq said...

erk?? ingatkan mmg ade yg kena tetak tadi.. buat cuak je,, nak standby ayat nak maki2 tadi.. wakakakakak..
kawan pun kadang2 liat gile nak bangun.. lagi2 kalo orang kejut,, lagi la liat,,

4 jam kemudian:
fariq: wei kenapa tak kejut subuh tadi?
kawan: aku dah kejut la, ko pun siap cakap nanti kejap lagi..
fariq: erk??!!

Izzat said...

ini sungguh seriuuuuus, yo.

btw, hensem sungguh header kamu.

FAHMI said...

Aku kena tikam kalau tak g solat subuh..takutt weyhhh...hahaha..jap,yg bab motivasi pagi tu kita sama..sep sikit..hahaha

Aqila Safuan said...

wah . sumpah kreatif gambar itu . itu tanda mak sayang anaknya!! mak saya pun samaa je macam mak awaaaaak. we should thanks them and give a millions of hugs everyday . ha ha ha

niniem said...

bez la mak kejut camtu...
ok lagi dari kne simbah air tme tdo kan :)

Wanie Affandi said...

mak selalu kejutkan dgn spray air tu...peh..sejuk2...terus segar..hehehhe..tapi skang dah tak kejut lagi dah..mak cakap "dah besarkan..pandai2 fikir mana dosa mana pahala"

garfield88_aini said...

ugut2 macam tu bahaya kot..huhu...

Cik Yana said...

Cik Yana pun liat sangat-sangat nak bangun Subuh. Bunyi jam mesti fikir 5 minit lagi. 5 minit lagi. Hahaha~ Dah besar-besar ni tak de orang nak kejutkan dah pun. Yang kejutkannya jiran sebelah umah sebab bunyi ekzos kete dia kuat gile. Hahaha~ dia keluar awal nak gi keje :P

Nana Syairah said...

Hamboi , header baru , HAHA

Encik MamaT said...

hehe.. insyaAllah.. kalau dah biasa... mesti boleh punya..

pipoq said...

hehehe..tambah sikit..bukan je selimut kulit babi..siap setan tu kencing dalam lobang telinga lagi tu kalo liat bangun subuh..

mukaoren said...

aku buat alarm je bgn subuh. lepas tu letak alarm tu jauh2. lagi afdal letak depan muka pintu bilik air. nanti bunyi bising, kita kena bangun tutup alarm tu. hahaha.

hakeem kira said...

kalo mak aku yg kejutkan . dia bukak lampu terang2 . tutup kipas . ketuk pintu kuat2 bnyak2 kali .

nazuhan said...

nsb bek xkna bom soh smbhyg 2 erk..hhehehe

Tok Ketua said...

aisyah ko lupa lg satu.. mak suka percikkan air kt muka ngan tutup kipas.. hahaha

Anonymous said...

nak pinjam gambar plis. sedih kawan tak kejut subuh sdgkan dia dah baca al-Quran, siap mandi.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat