Saturday, December 25, 2010

Dua Tujuan Pakai Kanta Lekap

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara', iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

ANTARA SEBAB kenapa aku pakai contact lens. aku pakai yg bukan kaler2 punye ye.
makcik. ye, aku sedar. T.T
takde keyakinan diri
selalu misplaced T.T kadang rupanya kt mata sendiri.wahaha
p/s : kalau salah info, bgtau ye. share same2. setiap manusia ade kesilapan. wallahualam.
oh nooooo..lupe nak letak watermark kat setiap gambar kartun. kalau jumpe org copy paste tanpa review link atau persetujuan aku, bgtau ye!!
(haha, mcm la de org mau copy-paste dr blog ni!)

12 comments:

Unknown said...

hoo ko pakai lens yea ^_^

Si GadisSemasa said...

hahah . kesian gila kartun yang last tu .

emieysandra said...

xtau nk bg pndapt ape,
skg xpkai cntact lens tu..tp ade niat nk pkai..huhu

Unknown said...

kurang rambut yek??

hahak

Anonymous said...

dulu pun pakai contact lens yg ada kaler but now yg transparent je sbb tmpt yg malin beli tu ckp contact lens jual dekat internet ni lagi yang ada kaler , kaler dia cepat luntur , so tak bgus sgt lah guna.

tomatokering said...

penah pakai kontek lens tp sat je . leceh . hihi , tp ingat nak pkai lg . :)
btw , comel katon :)

Aesya Zealous said...

@tqaAwesomeiya dong..kat luar la. kt rumah pakai spek aje..

Aesya Zealous said...

@nubaah..kurang rambut..kekekke

Aesya Zealous said...

@Amalina Jofuh, bahaye tu..kang luntur dlm mata xpasal je

Aesya Zealous said...

@tomatokering :)hoho thanks..singgah la lg ye!

Anonymous said...

betul tu, penah baca gak pasal hukum pakai contact lens.

comel lah kartun tu. hikhik

Anonymous said...

pakai spek lg senang tak perlu penjagaan rapi

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat