Sunday, November 28, 2010

Rambut

bangun tidur. aku toleh belakang. kelihatan rambut berguguran di atas bantal. hampa. lemah longlai menuju ke bilik air. air dijirus ke badan. orang kata, itu salah satu cara untuk menghilangkan nervous. jirus badan dahulu kemudian kepala. walaupun hati agak hampa, ku capai juga syampu. berbuih-buih syampu di kepala. aku lihat tangan yg dipenuhi buih-buih. helaian rambut kelihatan. sekali lagi aku hampa.


lantai bilik air dipenuhi rambut. di dapur juga bertaburan rambut. sentiasa aku berwaspada. kalau-kalau rambut ada dalam makanan. okay, hari ini mahu kemas bilik. menyapu lantai bilik. bukan habuk yg jadi punca tetapi rambut. sudah ku agak. tentu rambutku .kalau dulu jika aku gunakan getah rambut, hanya dua kali aku gulung. tapi kali ini, tiga kali barulah tersusun rapi. rambut makin menghilang. menipis. botak bahasa kasarnya.


masa sudah tiba agaknya. tapi tak tahu bila. adakah aku bersedia menempuh dunia baru. harapanku ialah YA.


doakan aku.

1 comment:

Unknown said...

nape rambut awak gugur? saye pon same :( btw, lawala header! simple but lawa :)

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat