tadi lama jugak aku dlm toilet dok neran. selepas beberapa minit, aku putus asa. ahhaha rasa nak keluar tp xkeluar! wahaha entri ni berbaur pengotor sikit.. jadi aku syak yg aku sembelit. aku tak puas hati. apesal tetibe aku sembelit lak ni. tak boleh jadi ni. so, aku pun google utk selesaikan masalah ini.sebab kalau nak tanya orang mcm malu je kan.hahah.
Sembelit berlaku bila :
* anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras
* anda jarang membuang air besar
Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).
sebab sebab berlakunya sembelit :
*kurang fibre tetapi terlalu banyak pengambilan makanan berlemak dan bergula
*kurang minum air
*selalu menahan diri drpd buang air besar
*kurang bersenam atau pergerakan terutama selepas kemalangan
*sebab sebab emosional terutama tekanan perasaan
*berkaitan dgn hormon teutama semasa mengandung dan datang haid
*penyakit seperti lupus, dll
*makanan tambahan seperti zat besi
dll...
cara utk elak sembelit
*minum air yg banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
*makan banyak buah-buahan (epal, prune, pisang dll ) sayur-sayuran, kekacang dan ikan.
*kurangkan kopi, teh, susu dan makanan yang bersumberkan lemak dari haiwan.
*tukar gaya hidup dan lebihkan senaman.
dan lain lain lagi...
sumber : Biovco
jadi aku syak lagi yang aku kurang minum air. cepat2 aku gi dapur telan air masak banyak2.
harap2 esok pagi kejadian seperti ini tak berlaku lagi.huahuahua.
nak tengok muka aku bile sembelit cmne? jom
comel kan? huahuahua *tipu. lg dahsyat drpd ni T.T
p/s : SELAMAT TAHUN BARU 2011! SEMOGA HARI ANDA TIDAK DIGANGGU OLEH MASALAH SEMBELIT ! :P
12 comments:
aku igt lagi sumayyah suke ngata aku tak normal sebab aku tak berak hari2, bengong tol sumayyah. grrr
skrg aku tau rupanya bukan smue org membuang hari2 !!
hakhak. sembelit2 skali dpat melepas..perhhh!!!
layan2.hahaha
hahahah suke2..sebab tgh hadapi masalah yang same..;(
nak share info leh?btw katun2 tuh comel gilaxxx!!!
lawak la...hahaha..dekat malas nak g berak..
he3 .. comel laa muke tuh ...=)
@tqaAwesomehahah aku tiap2 ari membuang..opsss! haha
@nub
terbaik derrr
@Imeldotsembelit jugak ke? hahahah
@chegu abbashahah :DD
@AtiEnAbErnitu bukan muke time sembelit ea.hahah saje je letak
salam..
hahaha...entry yang takleh blah..tapi byk info :)
waahh...info baek untuk kesihatan.
trimass ciku aesya!;)
Post a Comment