Assalamualaikum wbt.
Bulan lepas , aku handle minggu sains dan matematik utk student kolej. Aktiviti biasa biasa jela bolehlah bagi aktiviti sikit kat student. Hadiah utk pemenang secara berkumpulan adalah hamper! nak bagi sebijik kereta tak mampu plak kan. hahak.
Aku tgk kat supermarket harga hamper ada yang serendah RM55 tapi alahai dalam dia bosan sgt. Sikit pulak tu. Aku makan sorang pun boleh habiskan. ha ha ha.
Better buat sendiri kan? Jadi, aku kira2 bajet, baiklah buat sendiri. 9 buah hamper kena buat weh! tapi takpe. disebabkan adik aku sudi nak tolong, so kitorang proceed gak dgn perancangan nk beli bahan sendiri, balut sendiri, buat riben sendiri. hebat kan? muahahaha..
Aku berjaya buat 9 hamper (5 besar + 4 kecik) dengan harga RM250 dalam masa 2 jam lebih kurang.. Mahal ke murah? bagi aku murah dah la tu kot..
haha.. pertama kali buat sendiri memang amat memuaskan. kat bawah ni gambar2. Korang pun boleh cuba buat.
Untuk hamper besar, aku gunakan :
1)satu botol air gas
2)satu bekas wafer roll
3) 8 bungkus jajan/cikedis/biskut lebih kurang sama saiz
4) 4 bungkus jajan kecil
5) plastik hamper 2 keping (100×60cm)
6)30×20cm rectangular basket
Untuk hamper kecik sedikit :
1) satu botol air gas
2) 7 bungkus jajan (4 besar + 3 kecil)
3) plastik hamper 2 keping (100×60cm)
4)30×20cm rectangular basket
Beza dia aku letak wafer roll supaya nampak tinggi.
Korang pun boleh buat gak. Aku tengok contoh2 hamper kt supermarket. aku tengok dan perhati dalam hamper tu dan otak aku proses segala maklumat berkaitan hamper tu. Hasilnya... tadaaaa! haha.
Selamat mencuba !
5 comments:
buat sendiri lagi berbaloi :)
Hamper besar2 ni.. Kena pakai 2 pembalut yer?
Hamper besar2 ni.. Kena pakai 2 pembalut yer?
mana beli basket tu? berapa harga?
ada kerje kosong?
sy boleh balut hamper.
Post a Comment