Saturday, February 16, 2013

" Khas Buat Tuan Punya Kucing...."

Korang ada bela kucing? kat rumah aku ni takde la bela kucing pun. tapi kucing suka datang buat macam rumah sendiri. nak dijadikan cerita, ada seekor kucing ni memang suka datang rumah mengiau minta makanan. kalau ada makanan kat rumah, ada la jugak hulur2.. last day, aku bagi makan roti. baru aku tau kucing pun makan roti. HAHA

kekadang setiap pagi buka je pintu rumah, berlari2 dia masuk rumah mengiau-ngiau pastu nak sondol sondol kaki aku. bila aku buat bodoh, dia gigit kaki. ggrrrr.. !



 kami sendiri tak tahu ni kucing kepunyaan siapa. kat leher dia ada rantai bulu-bulu warna putih. siap ada loceng tau. mesti lah kepunyaan orang. bukan kucing terbiar.



baru-baru ni, dia datang dengan rantai leher baru tau!!! riben kaler merah menyala dan ade loceng gitu haaaaaa.. kau hado?



bengang la jugak kpd tuan punya kucing ni. bela kucing tapi tak bagi makan. abes tong sampah rumah aku terbalik dan sampah bersepah-sepah. dia ni punya kerja la!


sehinggakan aku ada satu idea !


aku nak letak satu nota bertulis dan sangkut kat leher dia. dia mesti balik rumah tuan dia kan? hehehehhehhh




erm aku nak tulis macam ini :

" Kepada tuan punya kucing. pandai letak riben, pandai bagi makan la! "



hahahha. ke ada ayat lain? cuba korang bagi cadangan sikit. mana tau boleh pakai. harhar

14 comments:

Haryz Khairuddin said...

ntah2 kucin tu x suke makanan yg tuan dia bagi.. xpon dia nampak banyak daging kat rumah ko? hohoho..

"kepada tuan kucin, kalau pasni kucin anda x balik rumah.. alamatnye beliau dah arwah."

^^eKaTiKaH^^ said...

bagus sangat ayat tu kak.. haha xP

Dunia Wilma said...

Hahaha...Siap bagi amaran lagi ya ^_^
Tapi, ngam la tu...
Siapa suruh nak pelihara kucing, tapi tak nak bagi makan...

~Nur Zulaiha~ said...

bdn kucing mcm kapal terbang pnya sayap.....

ltak link blog skli~~

Tuan Besar said...

awww bila dah tukar ribbon merah dah macam doraemon rupa cartoon tu ;D Haha

deno said...

hahahaha... kat umah deno no skrg ada anak kucing dtg dari mana entah... baru je anak kucing hari tuh mati, dtg pulak yg baruu

sayidah napisah said...

hahaha..camne pengakhirannya cerita ni?? hehehe

cikmas said...

good idea!!.. tulis cenggitu baru tuan dia ada kesedaran.... eehhh jap! tkt kucing dia yg saje miang kat kamu tu... :)

Aujinz said...

hahahhha... bagus gak idea tue... kah kah kah

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

sama la bt mcm tu tp letak kat kmbing..hohoho

FarHANa aZwA said...

hahaha situasi kite sama..

nini said...

hahahahaha......pandai letak reben pandai bagi makan la...=p

dia lupa kot...=p

Hakim. said...

"Tuan kucing, kucing dah termakan racun yang saya letak dekat dapur. Maafkan saya"

Kita tengok tahap mana menggelupur dia. *ketawa jahat*

Muhammad Musoddiq said...

haih korang nie.. Kucing mmg mcm tu. Mengada2.. Kat rumah kadang2 da bg makan friskies berlambak2. Makan habis, time org makan dia pun menyebuk nak makan jugak. Bila bagi tak nak makan lak, pastu mintak makanan lain. Tong sampah kat luar pun dia bedal jugak. Sampai jalan g pasaraya kat seberang jalan mintak makan. Padahal kat rumah berlambak2 makanan kucing. Jadi sila lah fahami, bahawasanya kucing mmg mcm tu. Mengada2. Sbb tu la kat 9gag, diorang bnyak buat meme yg kononya kucing anggap diri dia "god". haha.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat