Thursday, October 4, 2012

Rasa Nak Marah.

Assalamualaikum wbt.



Aku tak tahu la kenapa dengan masyarakat sekeliling akhir akhir ni. macam macam perangai manusia yang aku jumpa. kebanyakannnya serba tak kena.

nak kata sudah tiba masa aku menopause, rasanya tak.


cukup kecewa dengan service kebanyakan tempat seperti kedai, restoran, pasaraya dan macam2 tempat lagilah yang pernah aku kunjungi (tak semua tempat)

semuanya memaparkan sikap negatif. tak endahkan pelanggan, layanan buruk dan macam2 lagilah. 

first thing aku nak cakap, aku seorang yang tegas. kalau benda tu aku rasa salah, aku akan tegur.

SITUASI 1

nak dijadikan cerita, hari tu aku pergi ke sebuah pasaraya. lepas pilih2 ayam, aku ke kaunter timbang untuk timbang harga. kat kaunter tu, ade dua orang staf sedang timbang barang staf lain. dia nak ayam yang bila ditimbang, harganya RM4.71. ada resit kat tangan dia. mungkin ayam tersebut dah dibayar tapi ada masalah so ambil semula ayam tu. aku agakla. mula2, aku kasi chan dia timbang. RM4.89, keluarkan ayam semula. letak ayam, RM4.34. gelak ketawa. gurau senda. sehinggalah beberapa kali keluar masuk ayam tu UNTUK DAPATKAN RM4.71 !!! kau gila? susah kot nak dapat yang betul2 tepat !!

kaki aku mula rasa nak sepak orang. pelanggan lain dah beratur belakang aku nak timbang ayam gak. tak boleh jadik dua orang staf ni. memang nak kena. akhirnya aku buka mulut. mcm biasa.

" Timbang tu nanti dulu boleh? Lambat la!"

berkerut dahi aku. terkedu diorang. terus berhenti apa yg diorang buat pastu terus amik ayam aku dan timbang. 



SITUASI 2

okay situasi ni baru je berlaku petang tadi. aku masuk satu kedai alat tulis. owner orang cina, tapi pekerja orang melayu. ada jugak cina. kedai tu besar la jugak tapi boleh dengar apa yang diborakkan oleh pekerja2 kat situ. kira2 enam orang pekerja la kat dalam kedai tu, tgh dok fotostat sambil tu sembang2. 

dari mula aku masuk, jejakkan kaki dalam kedai tu, diorang tengah bercerita. ko nak cerita apa pun, aku tak kesah lah pasal kereta besar ke, rumah 45 tingkat ke aku peduli apa. tapi yg buat aku tak senang, diorang bercerita pasal SEKS ! hoiii darah aku menyirap je rasa nak smack down orang. yang buat aku cukup tak senangnya bila PEREMPUAN MELAYU dan LELAKI CINA dok bercerita pasal seks. share share cerita. 

selamba badak je cerita pasal tu time ada orang keluar masuk. tak malu ke ape. rasa nak lempang2 perempuan melayu tu. memalukan sungguh. 


sampai kaunter, lepas bayar barang yang aku beli, diorang masih tak habis2 lagi bercerita kuat2. and again, aku bersuara.

" Tak malu ke cerita pasal benda macam tu masa ada customer keluar masuk? tukar topik lain la kalau nak bercerita pun"

terus aku berlalu pergi..



aku cukup marah hari ni. 

ini yang latest. bila aku fikir balik, salah ke aku tegur diorang? aku rasa tak salah.


korang rasa?

12 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Tegur je..lagi-lagi situasi nombor dua tu. baru la diorang tau. tapi, kalau saya kat situasi tu saya cuma buat muka je kot. takut nak tegur..huhu..

haryzkhairuddin said...

memang tegur orang tu tak salah, cuma tak ramai yang berlapang dada nak terima teguran kita.

bukan sebab dunia dah akhir zaman, tapi memang lumrah manusia dari dulu macam tu.. sejak dari zaman Nabi Nuh AS lagi. :]

ben osman said...

tak salah. kalau saya pun saya tegur depan2

najihahfara said...

sekarang ni macam2 perangai..sampai sakit jiwa dibuatnya

Siti Safiyyah said...

siryes aa. aesya mmg berani gila tego depa tu. kite rasa, tak salah pun tego. mungkin dgn cara camtu, depa akan lebih alert pasni kan :)

Anisa Anuar said...

sabaq2....tu la...semua org ada bad hair day...

ismimaizura said...

tegur menegur ni bgos..pnh dgr org kte tegur la secara berhikmah..iaitu tgur dgn kata-kata yg ada hikmah di sebaliknya :)

Aujinz said...

tegur jer... Kita bukan niat tak baik..

nimt said...

aesya daebak !! tahniah ! izzah masih takut nk tegur org depan2 . means, org yg kte xkenal . waa . salute !

Mishter Izwän said...

beraninye dia. bgs la tindakan awk tuh. tak sume org berani nk tegur taw

Ros Merah said...

memang patut pun kena tegur smua tu..
awak memang cekal!!bkn calang2 org brani tegur dpan2 cmtu..hihi :D

fadilpenyu said...

cikgu, tadi kat sekolah saya terkucil dalam seluar. cikgu tak tegur pun. hurm.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat