haa, senang cite typo ni adalah kesalahan ketika proses menaip contohnya ejaan.
contoh la, nak taip KETIAK tapi jadi KETIAL. haa gitu.
ada banyak sebab berlakunya typo ni. korang boleh klik wikipedia tu untuk lebih lanjut. tapi kat sini, aku nak menyatakan pendapat aku mengenai typo.
Antara sebab berlakunya typo adalah ;
contohnya seperti post di facebook oleh Fadilpenyu.
"Kenapa harga teh teh naik seiring dengan naiknya harga gula. Padahal teh tarik menggunakan susu pekat manis? Pasni jom reramai minum ribena."
haahha!!
2) Menaip di dalam kelas ketika guru/pensyarah sedang mengajar/ ketika mesyuarat.
aku tengok kat twitter tu,
"MR WONG NI AJAR BERSEMANGAY SIKIT BULIH TAK? GRRR"
haa kan dah tertypo. maklum laa..tak payah tengok screen.
macam mana nak tahu itu typo ataupun sengaja? sengaja disini bermaksud memang nak menaip sesuatu perkataan menggunakan ejaan yang salah.
pernah guna henpon keypad camni?
FANAS LAH HARI INI !
sepatutnya huruf P kan? jika TYPO, huruf yang berkemungkinan ditaip adalah Q, R atau S sahaja. sebab satu key dengan huruf P. huruf F jauhh gilaa kot dengan P. jadi, ini adalah SENGAJA. haha.
okey zaman sekarang ramai yang guna QWERTY keypad kat henpon kan? sama lah juga dengan keyboard komputer.
"YEAYY ! NAK BALIK KAMPUNG! JUMPA NENEL !!"
haa jika kita perhatikan, perkataan NENEL itu sepatutnya NENEK. ini dikategorikan sebagai MEMANG BETUL TYPO. penaip ingin menekan butang K. malangnya, beliau tertekan L. haha..
ALAA MACAM MANA BOLEH TYPO NI? DAH TEKAN BETUL2 DAH!
okay, ini dinamakan sebagai FAT FINGER atau FAT-FINGER SYNDROME. dimana jari lebih besar dari kawasan sentuh ataupun ketidaksengajaan dalam pergerakan muscle jari.
TYPO ini juga dinamakan sebagai THUMBO jika typo ketika menggunakan keypad di handphone dan smartphone. jarak yang minima antara keypad menyebabkan thumbo sering berlaku dlm kalangan pengguna henpon masa kini.
Entri ini ditaip oleh yang selalu thumbo dan selalu kena bahan kerana thumbo,
Aesya Zealous
8 comments:
aah selalu typo bila nak tweet kdg2 nk tulis bagitahu tetapi jadik bagitahi =. .=
da slalu sgt da typo..hihi
aah pastu org tegur typo...citt...diam2 aje la...kot tak paham bru tanye...hehehehe tak gitu??
typo itu adalah normal... koh koh koh
hahah nasib baik rien xpnh typo.. :P
Aesya, jari ko besar. Hahahaha
haha. okeyy. terasa gituu.
aku pon slalu typo. gara2 touch skleen punya pasal -,-
tp sebab dah biasa typo. keypad laptop pon type boleh typo. parah -,-
tips elak typo, ada tak? haha
at last. dapat gak komen entri ni. TEH TEH sedapla. kena pulak TEH TEH banyak buih.
arghhhhhh!!!
Post a Comment