Assalamualaikum wbt.. dah lama rasanya gua tak post entri yang berilmiah buat tatapan semua. hoho.
Berwudhu'
korang penah amik wudhu'? semua orang mesti pernah kan. yela, kan solat tiap2 hari. lainlaaa kalau tak pernah solat. *mata pandang atas, tgn kat bahu.
masa gua kat sekolah asrama dulu, ustazah dan ustaz selalu mengingatkan kami supaya berwudhu' dengan cermat. jimat. dan yang penting, sempurna.
kalau masa kecik2 dulu, kepala paip pun sama level dengan kepala kita... bila keluar bilik air, habis basah kuyup. lagi2 tang tangan dan kaki...
comel kan masa kecik2 dulu.. macam gua..haha..
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan...” (al-Israa’ 17: 27)
“Sesungguhnya akan ada di kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.” (H/R. Abu Daud, no: 96, lihat: Sahih Sunan Abi Daud, 1/21)
Imam al-Bukhari (w. 256H) telah berkata: “Nabi Muhammad SAW telah menerangkan bahawa wudhu’ difardhukan (basuhannya) sekali, dua kali, dan tiga kali, dan tidak lebih dari tiga kali, dan Ahli Ilmu membenci berlebih-lebihan dalam berwudhu’ dan melebihi (bilangan) yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW”. (Sahih al-Bukhari, 1/62)
sumber : http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
jadi, diingatkan kepada semua rakan2 dan juga diri sendiri, berjimatlah ketika mengambil wudhu'. ini tidak, bukak paip punya laa kemain besar..macam nak basuh kain pun hado... lagi lagi kalau ambil wudhu' ditempat paip yang dipasang secara selari. sebelah bukak besar, yang sebelah lagi dapat sikit je. kalau ada 5, 6 kepala paip macam mana? haaaa..kannnn...
amalan ini sekaligus menjimatkan bayaran bil air dan juga save energy...
p/s: membazir itu amalan syaiton. tau?
5 comments:
haha.buka besar2 paip hbs satu bdn bsh bkn ambl air smbhyg tu mandi sekali.:D
betol 2..xperlu membazir....asalkan air rata kat anggota wudhu n yakin,,
wah...cute jek..setuju...berjimatlah...hehe
gua dulu amik wuduk sekali kumur + teguk air. haha
perli tak tahan.haha
Post a Comment