Wednesday, September 7, 2011

Kerasnya Kuih Ni !

Assalamualaikum wbt.. dah seminggu dah raya..dah habis beraya belum? tahun ni kejap je raya. sebab musim sekolah kan. budak2 U pun dah masuk U semula..

cite pasal raya, gua nak cite sikit pasal kuih raya. kat rumah gua ni almost semua kuih 'kuih tunjuk'. yang rajin buat kuih raya biasanya gua la. gua memang bersemangat buat kuih raya. tapi gua tau buat cornflakes madu dan cornflakes coklat je. hahahaha.. tiap2 tahun itu aje.sampai bapak gua pun dok perli..

"tiap2 tahun kuih sama. tak ada peningkatan langsung"

bahaha... bukan ape, kitorang memang malas nak guna oven sangat. leceh. kang nak buat almond london jadi kuih tart lak. wakakaka..

gua makan kuih pun memilih..gua akan makan kuih yang berasaskan coklat sahaja. yang lain gua tak makan.

nak dijadikan cerita, kat rumah gua ade la sebalang kuih koya ni... gua memang tak rasa langsung kuih ni. gua yakin family gua yang lain pun tak sentuh kuih tu...



raya ketiga hari tu, member2 lelaki sama sekolah dulu datang beraya rumah gua. masa tengah borak2, ade sorang tu makan kuih koya.. tetibe die tanya..

pastu gua sambung borak dengan member yang lain..potpetpotpet.. tetibe die tanya lagi..bunyi macam tak puas hati..

gua pelik. sedap ke kuih tu? kalau gua kata gua yang buat, dia nak 'puji' gua ke?

bila diorang dah balik, gua tengok kuih tu tersadai tepi gelas. die tak makan. tak sedap agaknya..

keesokan harinya, baru gua teringat pasal kuih koya tu..nak la merasa gak..mana tau tak sedap ke ape, naya je bagi tetamu makan.. gua rasa kuih tu. bukan sebab tak sedap! nak gigit pun tak boleh! keras gile! mak aihhh...

bila member yang lain datang, gua cabar diorang makan kuih tu..wakakakka...

"kalau ko jantan, aku cabar ko makan kuih tu sebijik sampai habis!"

gua tanya bapak gua. apesal kuih tu keras. bapak gua jawab..

"kuih koya tu? memangla keras. sebelum makan kena celup dengan air dulu. baru la boleh gigit"

hohohoho...apesal gua baru tau ni..yeke camtu? serius gua tak tau.. sebab ni first time gua makan kuih koya ni..

betul ke weh camtu? gua tak try lak.


p/s: patutla kuih aku habis, kuih koya tu tak bersentuh pun..apaaa pun tak bolehh!

13 comments:

Nadia said...

hehe..cian kat kawan..:)

new entry :: Lemah Bila Drive Malam ツ

nurulain1011 said...

haha..gile betull kalu tahapp keras macam batu..hakhakk

Alya Esprézzo™ said...

kuih koya..hahaha masa raya haritu kemain lagi abah aku dok carik kuih niee..tapi tak jumpa, kesian beliau..

Hanim Mahali said...

Nasib gigi kawan tu tak patah... kuwang3x

Gimi said...

oo..camtu ke nak makan dy..wa pun baru tahu ni..

Sembang Kemas said...

aah memang macam tu makan kuih koya tu,kalau taknak celup,ko mamah dalam mulut kasi cair.

serius syok.

walaupun keras.

hafidah said...

kuih koya? kuih ape tuh? kuih dpd negeri mane? hehe

kim heeruul said...

kuih apakah itu..?
tak pernah mkn pon..haha

y i e n said...

x penah mkn gaq kuih ni :P

Ibtisam Najmi said...

kuih koya sedap dan tak keras sebenarnya...rumah saya setiap kali raya menjadi kewajipan utk ada kuih koya ni kat rumah.resipi nenek :)

Ibtisam Najmi said...

kuih koya sedap dan tak keras sebenarnya...rumah saya setiap kali raya menjadi kewajipan utk ada kuih koya ni kat rumah.resipi nenek :)

alfsfr.ali said...

kuih koya tu kuih apa?

adrinaqamarina said...

kuih koya tu cemana eh? nak kena gugel ni. heee.


kte pon suka juga biskut emping jagung bermadu~ feveret sepanjang zaman.


tak menahan, part buat almond london jadi tart. apa pon tak boleh!

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat