fuuhh..kemain panjang tajuk entri kali ni...
Assalamualaikum wbt.. hari ni gua nak share beberapa tips tentang cara nak mengurangkan rasa malu ketika membeli apa2 fast food melalui drive thru.. terutama bagi golongan wanita yang tak boleh puasa. yang period okey. yang saja2 tak puasa tak payah drive thru. makan terus kat situ..wakkaka..
perasaan malu ini hadir kerana 1) yang amik order dan cashier semua adalah staf lelaki. muda. juga disebabkan 2) anda membeli ketika lunch hour. harharhar..
1. pastikan kawasan drive thru restoran itu terlindung daripada orang lain. lebih better jika bersebelahan dengan kereta anda itu adalah hutan. dengan ini, rasa malu anda menjadi terhad antara anda dan pekerja yang amik order itu saja..hahaha
maaf. bukan 'daripada'. 'dengan' sepatutnya. kot. hoho
2. sewaktu order, pastikan suara anda kedengaran begitu yakin. jangan takut atau terketar2! nanti rasa malu anda semakin bertambah. konfiden okeh!
3. pastikan muka anda kelihatan serius. jika anda diperli, senyum sekali kemudian kembali ke wajah serius anda. anda juga boleh pandang hadapan sahaja sementara order anda disediakan.
4. setelah dapat makanan anda. jangan segan untuk berterima kasih. meskipun anda diusik atau diperli.
5. jika anda seorang yang friendly, apa kata jika anda wish selamat berbuka, selamat berpuasa atau selamat hari raya kepada staf tersebut.
tips ini amat berkesan kerana gua pernah mencubanya ! wakaakakaka !
p/s: sori laa dah nak last day puasa baru gua share..hahahaha
14 comments:
hahaha aku boleh tak pakai tips ni?
aku baru buat 2 hari lepas.. haha... yg amik order tue perempuan.. yg bagi order tue laki.. mmg buat muka tak malu jela
ala,kalau diorang buat muka pelik, kata lahh, ni makanan bukak posa. HAHA
still segan la..=.="
hahaha menarik. boleh try ni. haha
yup..sgt berkesan..
hihihi
;)
memang malu gile kalau nak g beli makanan time tgh ari macam ni.. pernah try beli kat kaunter dulu bukan drive thru punya.. malu gile seh! xterkata.. tapi dah lapa punya pasal.. hentam sajalah.. haha
slmt berbuka!! :)
aku pnh g mcd sbb nk berbuka dgn mmber aku
time tue aku xposa
pastue aku picit sos kena tgn,aku g jilat sos tue *time tue x berbuka lg
semua org tgk aku
okbai
kalau dia perli cakap la.. ha? sorry i cant understand you. english please.
klu dia respon lagi in english, cakap kat dia, berdosa bersubahat menjual makanan kepada orang yang tak berpuasa dengan sengaja. LOL
Boleh dipraktikkan next ramadhan hehe.
wahhh, kene cuba ni!
HAHAHA ;D kena cuba nextyear lah =D
Kahkahkah. Tips mantop untuk perempuan 'bercuti'
Post a Comment