Saturday, July 16, 2011

Awas! utk wanita yg menutup aurat!

Assalamualaikum wbt.. kita sering didedahkan dengan isu-isu berkenaan dengan wanita zaman sekarang. isu wanita tidak menutup aurat, menutup aurat tapi pakai ketat ketat, yang bertudung tidak semestinya baik dan macam-macam lagi.

tapi hari ni gua nak berkongsi satu LARANGAN bagi WANITA YANG MENUTUP AURAT. yang tak tutup pun boleh jugak laa... gua tau pasal ni sejak dibangku sekolah lagi. dari dulu gua nak kongsi tapi tak terkongsi kongsi. hehe.

ada yang dah tau dan ada juga yang belum tahu.

TABARRUJ. pernah dengar?

"Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat)"





Tabarruj yang diharamkan ialah:
- Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian yg berlebihan



awas! bunyi gelang kaki juga menarik perhatian orang!


tak paham jugak? okay2 gua bagi contoh gambar la pulak.

non tabarruj
skema. tak berlebih-lebih, tak mekap (confirm je gua ni..haha contoh jela)


tabarruj
berlebih-lebih,mekap, dan sebagainya..


okay dua2 gambar atas ni gambar gua. kang gua letak gambar korang, korang mengamuk pulak kan. muahahaha...

sekarang ni pun banyak fesyen-fesyen utk muslimah tapi macam2 style, liplapliplap, manik2, berlebih-lebihan.. huhu wallahualam..

same2 lah kita berubah kearah kebaikan..

untuk keterangan lanjut, korang boleh tanya ustaz, ustazah.


kalau salah, tolong tunjukkan :)

17 comments:

Anonymous said...

sokong!!! hee. Nice entry. :)

MizzTina said...

wanita xlepas dr nk cantek berlebih.. even MK sendiri kdg2 over mekap n berpakaian.. huhuhu...

Ibtisam Najmi said...

konsep tabarruj anda memang benar.cuma 1 perkongsian ya..
pakaian tu tak salah mengikut fesyen terkini asalkan tidak menarik perhatian ramai.
perhatian dr segi pemakaian ni berbeza mengikut tempat.
sbg contoh, di Malaysia,sudah maklum dengan baju kurung berbunga dan warna menyerlah.jadi agak menarik perhatian bukan jika tiba2 seseorang tampil dgn monochrome?
manakala di Arab Saudi, sedia maklum mereka lebih biasa dgn penggunaan warna gelap.jadi kita tak bolehlah nak pakai baju yg selalu kita pakai di Malaysia-berbunga2 pelbagai warna tu.

jikalau ada kekhilafan, harap maaf.

KAMIHIDUP said...

betul tu, berhiaslah untuk suami. :)

Rafidah Farhana said...

Adeh, aku pun kena check out semula lah pakaian aku.

Unknown said...

ouhh mcm tu ke ? baru lah tao . thanks for the info :)

dak eina said...

suka entry nie... ;)

Amira Anorah said...

selama ni gua bertabarruj..T_T

Gee said...

nice entry..hehe betul2..len kali simple2 je keyh...

myhatiku said...

nak carilaki kaya tuh :D
nawaitu tu penting..he

GR said...

lambakan fesyen, kononnya sesuai untuk wanita muslimah, tapi punyai helah disebaliknya

muhamadsufian89 said...

entri yg baik dengan doodle yg menarik. tuan blog sentiasa cantik. hehe

kaizen said...

btol3.... cantik wanita tok suami jer...

forever love said...

jadi model untuk blog sendiri pun boleh... haha

pipoq said...

gambar pertama tu walaupun non tabarruj tapi boleh menggoda gak sebab ko wat 'peace' tu..ahahaha..kecuali kalo ko buat signal penumbuk baru la orang tak tertarik nak tengok..

Cikya said...

aesya,

dan bersederhanalah, itu lebih baik bagi kamu..
tapi kalau tak mekap lansung sampai nampak pucat kesian jugak..:D

petua merahkan bibir?
rajin baca al Quran... :)

Anonymous said...

pakaian hitam tapi kaki terdedah tak pakai stokin.

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat