Sunday, February 24, 2013

Part 1 : Percutian Ke Kuching, Sarawak

Assalamualaikum wbt! weee guess what? aku baru balik dari bercuti di Kuching, Sarawak. ada sesapa kat sini orang Sarawak? 

alkisahnya, aku tak plan pun nak pergi bercuti. Adik aku study kat UNIMAS dan alang-alang dia kembali ke sana selepas cuti semester, aku pun ikut dia balik ke Kuching. booked tiket lain2 tapi naseb baik flight yang sama. seminggu dah nak pergi baru beli tiket. cepat betul buat keputusan. hotel pun tak booked. dan fyi, ini first time aku naik belon! aku tak pernah naik belon woi! haha! rasa eksaited gituu. aku berada disana selama 4 hari 3 malam iaitu dari 20 Feb 2013 hingga 23 Feb 2013.



wewittt kapal terbang wehh kapal terbangggg *sila baca dalam nada terlebih excited*

adik aku pernah cakap dalam flight ni sempit sikit. macam dalam bas gitu. bila naik, memang betul pun. tapi okey la. nasib baik aku tak gemuk sangat. kalau gemuk sikit konpem tak muat. haha. aku suka air cond dia. tak sejuk sangat. aku still boleh tahan.

pertama kali naik rasa agak gementar la gak. debar debar rasa hati ni. amboih. pastu telinga jadi pekak. hahah. nak mendarat pun takut. selalu tengok dalam tv cite pasal kapal terbang terhempas je. takut plak rasa. hewhew. tapi Alhamdulillah, semua selamat. thanks abg pilot

*ehem, pramugara dia hensem weh!! >.< 

sesampai je kat sana, aku doa bebanyak agar ada bilik kosong kat hotel. amek kereta sewa, terus gerak ke Tune Hotel, Waterfront, Kuching. hotel yang termurah tapi servis tiptop. ada gak hotel yg sama dengan hotel camni. murah dan selesa. tapi aku lebih prefer Tune Hotel dulu. nasib agak baik, ada bilik kosong utk kami stay 4 hari 3 malam kat situ. weee. 


bilik memang selesa. walaupun murah, tapi selesa. untuk 4 hari, double room (dua orang), kira-kira dalam RM238 sahaja. murah kan? kalau kat semenanjung RM200 lebih ni untuk dua hari je. 

nak tau lebih lanjut, boleh layari http://www.tunehotels.com/


sehari sebelum bertolak ke Kuching, kami ada sediakan itinerary (A planned journey) nak jalan jejauh ni, mesti plan dulu. aku banyak search blog blog yang ada cerita pasal percutian ke Sarawak. dari situ, aku cuba susun jadual. yang agak2 sesuai untuk dituju. takdela kelam kabut sangat. 

orang kata, kat Sarawak ni susah sikit bila nak cari tempat sebab tak banyak signboard. kene guna GPS. jadi, aku ada jugak sediakan alamat sekali dalam itinerary. senang sikit bila nak search kat map nanti. 

aku juga pastikan ada internet connection kat phone dan ipad. dua ni lah yang jadi panduan aku kat sana. kalau takde dua ni. maka tak berjalan kemana lah aku. haha.

kat bawah ni adalah itinerary yang aku sediakan. korang boleh tengok. mana tau jadi panduan utk korang bercuti ke Sarawak nanti :)


*masa adalah tidak tentu. bergantung kepada individu nk luangkan masa berapa lama di suatu tempat.







ini pengenalan je dulu. akan aku ceritakan semua aktiviti yang kami lakukan kat sana dalam entri seterusnya! hehe! a journey begin!

11 comments:

Mek Onie said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhh,cannot wait..aku harap kau share berapa duit nak kesana tau :D

Etty Selamat said...

Adik akak blaja unimas ke? Program ape? tahun brape? boleh bkenalan nih.. hahahaha

Etty Selamat said...

Satu lg.. g Srwak xgtaw.. boleh join.. hehehe

nini said...

bestnya jalan2 makn angin...=D

Shazwani Ramly said...

seronok dpt bercuti kann. jealous dgn akak.

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

ada ole2 x..

Dayang Deno said...

wahhhhhhh syoknya! deno belum pernah jejak kaki kat sana^^

Anonymous said...

Datang...jangan tak datang ke Sarawak Kuching. Mesti tau..

Nak buat trip yang kedua tak?

Kalau berminat...boleh merujuk kepada laman web ini...

http://www.facebook.com/sarawakborneotour

Anonymous said...

nak tanya sikit yarh.. tune hotel ada sediakan heater x dalam bilik untuk kita panaskan air? n diorang ada sediakan gelas x utk setiap bilik??

terima kasih

Anonymous said...

hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm150 utk 6jam sekali kereta proton waja n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.
facebook : chreez_devil88@yahoo.com

nadeafu chan said...

mana part 2? -,-

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat