Tuesday, February 26, 2013

Part 3 : Percutian ke Kuching, Sarawak (Taman Negara Bako)

sambungan...

Hari kedua kami disana, kami menuju Taman Negara Bako. Taman Negara Bako adalah taman negara yang tertua di Sarawak. kami sampai agak lewat sikit seba ada hal yg perlu diuruskan pagi tu. sampai ke Jeti Bako,kira-kira jam 11 pagi. dari Jeti Bako, kena bayar RM10 seorang sebagai bayaran masuk ke Taman Negara Bako. nak ke taman negara tu, kena naik bot! bot RM94 (pergi balik) maksimum 4 orang.





ternyata RM94 pergi dan balik tu berbaloi! aku ingat jauhnya macam bot seberang sungai sarawak kat bandar tu. rupanya jauhhhh. dan dan masa kitorang pergi tu, ombak kuat la jugak. bot pulak menentang arus. memang memukul2 bot la. pegang bot dan beg kekuat. takut terpelanting keluar! haha! mencabar betul. takut je kalau jatuh dari bot. haaa berenang la kau. ada buaya. haha.



   

saya gemuk. k sila abaikan.


Sampai je kat HQ yang terletak di Telok Assam, kena datfar dulu kat kaunter pendaftaran. kat situ kita boleh dapat maklumat utk trekking ke dalam taman negara tersebut. banyak laluan yang disediakan dan masing2 bergantung kepada jarak dan masa. disebabkan pakcik bot nasihatkan agar balik dalam pukul 3 petang (takut ombak kuat pukul 4), kami pun amek trek sepanjang 1 km (pergi). kiranya pergi balik ada la 2 km dan memerlukan masa lebih kurang 2 jam.

kami decide utk mengikuti laluan Teluk Paku.



 





panjat batu, turun batu jalan lompat lompat akhirnya kami sampai ke punghujung. Pantai Teluk Paku! Huyooo! Panas terik! tengok cuaca aku dah dapat agak boleh burn muka aku. aku dah la cepat burn. wuwuwu.. tengok tengok n tangkap gambar je. tak berani nak jalan2 bukak kasut kat area tu. nanti kena samak >.<

kalau korang nak tau, kat taman negara ni, babi hutan jalan jalan suka hati diorang je. tak mustahil bila anda sedang jalan2, tetiba babi melintas depan korang. hahaha


lepas tangkap2 gambar, pastu kitorang patah balik. kaki pun rasa nak patah dah. lama tak trekking masuk hutan. terkejut kepala lutut aku. haha




lepas patah balik sampai ke registration counter semula, kami pun ke jeti Telok Assam dan naik bot semula utk pulang ke jeti Bako. bila balik tak melambung2 pun sebab bot lalu ikut arus. 

selamat sampai kemudian naik kereta dan balik ke Kuching utk aktiviti lain pulak :)


:: nantikan entri seterusnya... Jong's Crocodile Farm.

6 comments:

Akim Iqbal said...

ooo adik hang dapat unimas rupanya. Aku kat kuching woih boleh tolong jaga adik hang. Hihi

noraqilahjohari said...

bestnye dapat pegi b'cuti :)
teringin jugak nak pegi sane :)

jemput singgah entri baru :)
http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/tips-berhenti-merokok.html

jemput like sini juge ye :)
http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl

Shazwani Ramly said...

menariknya sarawak. nk pegi T-T

KAMIHIDUP said...

Syok.

Aujinz said...

pastikan hang reti berenang weih.. koh koh koh

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

seronoknya die

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat