Friday, July 26, 2013

DIY glass pearl atas baju sendiri


Assalamualaikum wbt. Amacam puasa ? Ok? banyak tak tinggal? kehkeh. Rasanya aku tak wish lagi Selamat Berpuasa kepada pembaca blog ini. Jadi, selamat berpuasa semua! :)

Baju raya. Baju raya kat pasaran sekarang mak aih bukan main! Baju simple je tapi harga mak datok... kalau anak Dato' mampu la nak beli kan.. baju RM70 pun fikir 146 kali, ini kan pula RM100 ke atas. tapi standard la tu kan harga baju kurung sekarang. menangis T.T

Untuk aku, baju raya selalunya lebih dari satu pasang. bukan tak boleh pakai baju kurung yang sedia ada. tapi yang sedia ada semuanya dah selalu pakai. takde seri dah. amboih. maklumlah, cikgu kan. tiap2 hari pakai baju kurung. Jadi, moh ler kita beli 2-3 pasang. hikhik. Kali ini, aku berkenan beli baju kurung plain pulak. tapi macam biasa. tak mampu beli yang mahal mahal..murah je..

beli dah murah, satu bunga, sulam atau manik pun nan hado! hahaha sebab tu murah. maka, aku amik inisiatif untuk DIY manik kat atas baju kurung sendiri. teruatama bahagian hujung lengan.



manik-manik ni aku beli kat GM Klang. kalau beli secara borong, dapat murah. ada yang sampai separuh harga pun boleh dapat.

UNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE, BOLEH LAYARI FACEBOOK : MANIK MANIK - ALATAN JAHITAN 

First try, jahit manik kat baju warna merah jambu dulu. INI PERTAMA KALI OKEY NAK JAHIT MANIK/PEARL ATAS BAJU! huahuahua. harap pembaca tak mengucap panjang tengok hasil jahitan aku. bahahha.



Adui. jahit pun bengkang-bengkok.. haha sampaikan aku lakar guna pensel dan pembaris dulu untuk buat garisan. hahaha.





Subhanallah.. comotnya! hahahahah. aku buat dua barisan. lagi satu coming soon. letak warna coklat gitu. hasilnya tak tau la cantik ke tak..haha..


haih takpe. kena rajin mencuba. untuk kepuasan diri sendiri, tak jadi masalah :)



6 comments:

nini said...

nampak cam okey je..hehehe

Afiqah Adzan said...

Cantik apa .. Jimat sikit

Shazwani Ramly said...

cantik cantik.

ana raisya said...

nak cube la hihi

laskar pelangi said...

Cantik dah tu..Jimat duit kan jahit sendiri.

Mek Onie said...

bakat kau makin berkembang weiiiiii,chaiyokkk :D

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat