Monday, February 25, 2013

Part 2 : Percutian Ke Kuching, Sarawak ( Kg. Budaya Sarawak )

Assalamalaikum wbt.. kita teruskan percutian kita. hehe. hari Khamis, selepas sarapan, kami menuju ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village, terletak di Pantai Damai, Santubong. kira-kira 35 minit dari bandar Kuching. Kampung Budaya ni terletak di kaki gunung santubong.

Orang kata tak lengkaplah percutian kita kalau tak berkunjung ke sini. sebab dari sini lah kita dapat mengenali budaya-budaya di Sarawak. ada rumah Bidayuh, Penan, Iban, dan macam2 lagi lah.. 

Bayaran masuk ialah RM60 (untuk dewasa) RM 30 (untuk kanak-kanak 7-12 tahun) dan RM15 (untuk pelajar)









banyak lagi gambar kat sini tapi ni pun dah ckup la kot utk korang tengok2. hehe


haa ni boifren baru aku. bahahah. muka dia mmg serius. aku pun takut nak tegur..tapi tak malu punya pasal, cakap gak dgn org ni sbb nak tangkap gambar. haha

" nak tangkap gambar boleh tak?"
"kalau nak tangkap gambar dgn saya boleh. tapi ada satu syarat"
"apa dia?"
" jangan letak kat facebook. nanti ada orang jeles. nanti ada yang kata datang sarawak nak cari boifren"


hahahahahah lawak betei. pandai bergurau naaa..

lepas tu ada persembahan kebudayaan di theater.. ada la dalam 15 minit gitu diorang buat persembahan. yang lawaknya, penjaga2 rumah tradisional tu rupanya adalah penari kebudayaan. patut la cantik2 dan hensem2 belaka. 

selesai buat persembahan, penari2 tersebut ajak penonton naik ke pentas untuk menari bersama. haishhh boleh plak sorang penari tu panggil aku naik pentas. akupun muka tak malu, naiklah keatas pentas meskipun tak pandai menari. hahaaha. tibai jelaaaa..



nampak tak nampak tak aku ?? hahaha





ni Pantai Damai. depan Kg Budaya Sarawak ni ada resort. Pantai Damai Resort.


lepas jalan-jalan amik gambar, kami pun bertolak pulang ke Bandar Kuching semula..


ada lagi tempat menarik. tunggu next entri lagi. hehe ( berkemungkinan akan banyak entri. haha)

6 comments:

nini said...

ada beli passport dia dak....hehe...?

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

atoii.. perasan betul mamat tu..okey la jgn letak dlm facebook letak dlm blog jew

Shazwani Ramly said...

lol. best gilaaa.

ilham haikal said...

wah bestnya.... perbelanjaan personal ke??? ke ade tajaan?? hehe

laskar pelangi said...

bestnyaaaa dapat g sana.kita tak pernah lagi ke sarawak.

deno said...

wah best! jeles T_T

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat