Friday, August 31, 2012

Kalau Dulu Tapi Sekarang : Edisi Merdeka



KALAU DULU.... masa kecik kecik punya la gembira bila hari merdeka. berlari sini sana sambil bawak bendera. lidah pendek ade hati nak sebut Merdeka. memang jadi MENDEKA la jawabnya.. haha

TAPI SEKARANG kita nak melaungkan perkataan Merdeka pun jarang. ape tah lagi nak berlari2. nanti dikatanya gila. heheh



KALAU DULU... pertama kali dengar 'parody' lagu patriotik kat tadika. lagu Tanggal 31 tu ditukarnya lirik yang bukan2. masa tu kecik lagi. mohon dimaafkan ye. hehe




TAPI SEKARANG haaa kat youtube tu banyak.. macam2 ada. yang hina negara pun dah cukup banyak. lupa agaknya nenek moyang mereka mempertahankan negara dulu2.



KALAU DULU main reka je sejarah. "Hari ni hari bersejarah. gua nak jadi Ahli Sejarah yang terkemuka. harhar" main hentam dan reka sejarah sendiri bila jawab peperiksaaan. alasan, banyak sangat. tak boleh nak ingat semua. tup tup boleh dapat A1 masa SPM. agagaga..

TAPI SEKARANG..haa mulalah menggelabah nak baca sejarah Malaysia. nak pegi interview nanti nak jawab apa? apa nak cerita kat anak cucu pasal sejarah Malaysia? apa nak cerita dgn kawan2 dari luar negara?



KALAU DULU tu kita boleh berpatah balik, teringin nak rasa bagaimana perasaan melaungkan Merdeka bersama2 Tunku Abdul Rahman dan warga Tanah Melayu ketika itu agar tidak menjadi kita seperti hari ini.



SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-55


:)

11 comments:

Rien Rose said...

terbaekk

Haris Khairuddin said...

sama la..pasal pak rodikan (parody) lagu negaraku tu..memang biasa dengar. ;p

Jom kita semua sambut mendeka!!

Azwa Azee said...

dulu lain, sekarang lain. berbeza. Selamat hari kemerdekaan ke 55

norfanil said...

Terbaikkkkkkkk.....hahahah.. dulu lain
. Sekarang lain da.... tapi memang sama kes ni.... hehehe...


Jemput Baca entry baru dia blog.. SELAMAT MENJADI MAHASISWA

Rosalia said...

rindu sek :( best je smbt merdeka kt kolej x dok pn.

pipoq said...

zaman sekarang ni tak payah risau dah kalau jadi atuk dan nenek sebab anak cucu zaman sekarang jangan harap la nak tanya pasal sejarah negara..abis koman pun diorang tanya "zaman atuk dulu ada iPhone tak ?"

hohohoho..

Cik Pulau said...

kan..dulu dan sekarang da lain..
salam kemerdekaan juga...

syakey said...

masa kecik kecik aku nyanyi lagu takde kona kona macam tu tanggal baju bagai. haha

slamat hr merdeka yahh malaysia!

AMMAR YASIR said...

Wah... ada semangat patriotik lah kamu ni jah. hehehe

Iha Zaliza said...

Haha, tang MENDEKA tu kita memang sama.. tak ingat pulak masa umur berapa tahun boleh sebut n nyanyi dengan betul..

Sanji Ngatmi said...

siyes tak ingat apa sejarah malaysia .. patutnya buat exam sejarah spm buat time darjah 5-6 .. otak budak-budak suci bersih senang ingat

 

Copyright © 2013 | Aesya Zealous | by Cik Bulat